Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kijal telah mengadakan program orientasi untuk pelajar tingkatan satu pada 3hb Januari hingga 6hb Januari 2010 bertempat di surau asrama. Pada tahun ini program orientasi tingkatan satu diadakan dalam dua siri memandangkan pertambahan pelajar tingkatan satu. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar tingkatan satu dengan suasana dan sistem persekolahan di sekolah menengah. Selain itu, program orientasi juga diadakan untuk pelajar tingkatan empat.
Dalam program ini pelajar diberi beberapa taklimat mengenai pensijilan terbuka, meritokrasi, inventori kerjaya dan mata pelajaran elektif. Program ini diadakan bermula 4hb Januari hingga 7hb Januari 2010 di surau asrama. Pelbagai program lain seperti program maju diri untuk pelajar tingkatan dua dan tiga serta Akujanji Pelajar SPM dan PMR juga telah dilaksanakan. Semoga semua pelajar mendapat manfaat dari program yang telah dijalankan.