Sunday, November 30, 2008

SMK KIJAL GONE ASEAN


SMK Kijal was one of the 10 selected schools that respresented Malaysia at the ASEAN Cyberkids Camp 2008 organised by MAXIS. 

Read more  

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/11/27/central/2645561&sec=central

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20081126091502/Article/index_html




Sunday, November 16, 2008

PASUKAN MAXIS CYBERKIDS SMK KIJAL MENANG MAXIS e-CHALLENGE 2008

Tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan, guru-guru penasihat dan semua warga SMK Kijal. Memang tidak dijangkakan SMK Kijal terpilih kerana semua peserta pertandingan bukanlah calang-calang. Semua sekolah yang terlibat sungguh hebat dan sangat komited.

Namun kegigihan dan berkat doa anda semualah membuatkan kita berjaya akhirnya memenangi pertandingan ini. SYABAS SEMUA!

Kami akan mewakili Malaysia di CK ASEAN CAMP yang bakal berlangsung pada 23 November ini. CAMP kali ini lebih berbentuk integrasi ilmu diantara negara-negara Asia.

THANK YOU MAXIS!TERIMA KASIH SEMUA! WE LOVE YOU!



Music

Saturday, November 15, 2008

Friday, November 14, 2008

MEETING MAXIS CYBERKIDS SMK KIJAL (ISNIN)

Aslm, SEMUA AHLI MAXIS CYBERKIDS SMK KIJAL diminta bertemu guru-guru penasihat pada masa yang ditetapkan:


TARIKH: 17 November 2008 (ISNIN)

MASA: 12.00 T.Hari

TEMPAT: KANTIN

TAHNIAH SEMUA kerana berjaya memenangi MAXIS e-Challenge dan layak ke ASEAN CAMP.

Sunday, November 2, 2008

MAXIS CYBERKIDS 2 PROJECT: SMK KIJAL PHOTOSTORY



In the Sky

"I wanna find it, what I've been searching."

The boy reaches out to the sky.

He prays he'll get it, no doubt he'll make it.

All of his goals and desires.



The sky above you,

is waiting for you,

To take the first step and break out.



When you fly in the sky, simply divine, you're dreaming.

Leave your worries behind, cuz' that's imagination.

Can you feel it tonight, the fire inside? It's burning.

All you gotta do is break on through,

to make your wishes all come true. Amazing.



So you might be hurting, down low you're feeling.

Have faith within, all will be ok.

That sky above you, she'll always save you.

So never give up on yourself.



When you fly in the sky, simply divine, you're dreaming.

Leave your worries behind, cuz' that's imagination.

Can you feel it tonight, the fire inside? It's burning.



All you gotta do is break on through,

to make your wishes all come true. Amazing.



Any day, anytime, you can reach out to the sky.

Spread your wings, catch that light.



Say it now, "I'm gonna be myself."



I know you'll make it.

No doubt you'll make it.

Be a little brave now, it's time to take on your dream.



When you fly in the sky,

you're dreaming.

Leave your worries behind, cuz' that's imagination.

Can you feel tonight, the fire inside? It's burning.

All you gotta do is break on through,

to make your wishes all come true. Amazing


Amazing

Amazing



Wednesday, September 10, 2008

WEBTV RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


"DIGITAL EDUCATION FOR ALL"
SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTONI ONLINE.

Thursday, September 4, 2008

TERIMA KASIH SEMUA!

LAWATI KAMI DI PORTAL KOMUNITI MAXIS
SILA KLIK LINK DI BAWAH


TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.

Sunday, August 31, 2008

Monday, August 25, 2008

TAHNIAH! SMK KIJAL MENANG PASUKAN TERBAIK MAXIS CYBERKIDS CAMP-2 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

















AHLI-AHLI KELAB MAXIS CYBERKIDS SMK KIJAL :
MUHD. FIRDAUS BIN ABD. RAZAK
M. AMIR FIRDAUS BIN ZULKAFLI
MUHAMMAD AMIR FIRDAUS BIN ZULKIFLI
W. NUR SYAHIRAH BINTI W. MANSOR MASRI
MUNIFAH KHAIRAH BINTI MUHAMMAD
AZIRA SYAZA BINTI YACOB @ MUSTAFA
ROSHAZANA NAJWA BINTI ZAINUDIN
NUR AZMINA BINTI ABD. WAHIB
NUR’ AIN SHAFFIQAH BINTI MAT NASIR
AISYATUL AQYLA BINTI ALIAS
RUZLINDA BINTI ADNAN
NUR AFIQAH NAJIHAH BINTI MUSTAFFA
MOHD. SYAFIQ BIN HANAFI
C.W.M IKHWAN BIN C.W SAIFUL BAHRIN
AHMAD SOLLAHUDIN BIN MOHAMAD
HERWAN BIN SAFIAN
ANA MARIANA BINTI JUFRI
NORASHIMAH BINTI ZAINAL
NURUL NADIAH BINTI MAT ZAKI
MOHD. FIRDAUS IQWAN BIN AZAHARI
MOHD. AMINUDIN ZAKWAN BANIN BIN ARIFFIN
MOHD. HAZIQ KAMILAN BIN MOHD. NAZIM
NUR ARINA BINTI MOHAMMAD ALI
NUR FARAHANA BINTI MOHD. NAMRI
AAINAA SYARFA BINTI MOHD. AZMAN
NURHASMIEDAYU BINTI HASHIM
GURU-GURU PENASIHAT:
Puan Ida Zahariah Bt. Mahmood
Puan Marzyyati Bt. Mat Hashim
Puan Nursheilla Widayu Bt. Md. Nawawi

DARI KE HATI PENGURUS PROJEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai pembuka bicara, ingin kami ucapkan seribu kesyukuran kepada Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya ahli-ahli Kelab Maxis Cyberkids SMK Kijal akhirnya berjaya menghasilkan e-book kempen penjimatan air ini. Seribu penghargaan kami ucapkan kepada pihak Maxis yang telah membimbing kami mengenali dan menguasai kemahiran IT. Tanpa kemahiran ini, pastinya kami tidak kenal apa itu e-book apatah lagi menghasilkannya khusus untuk kesejahteraan komuniti setempat.

Sekalung kasih mesra untuk pengetua kanan SMK Kijal iaitu Tuan Haji Shaffie Bin Awang yang tidak jemu-jemu memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan projek ini walaupun terlalu banyak rintangannya. Kerjasama guru-guru, staf-staf sokongan dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung amatlah kami hargai. Tiada kata yang boleh mendefinisikan kegembiraan kami, yang nyata hanya tiga perkataan sahaja yang mampu kami ucapkan: “We Love SMK Kijal”, “We Love MAXIS”, dan “We Love Community”.

Akhirkata, kami berharap e-book Bongkar Rahsia Jimat Air ini dapat menggalakkan penggunaan air secara efisyen di kalangan komuniti setempat dan membantu kerajaan merealisasikan sasaran penjimatan air di Malaysia sebanyak 10 peratus di kalangan sektor domestik.

Wassalam

Muhd. Firdaus B. Abd. Razak


"CARA MANUSIA MENGHARGAI AIR"

MATLAMAT PROJEK E-BOOK SMK KIJAL: Kempen Kesedaran Penjimatan Air 2008


Projek Kelab Maxis Cyberkids SMK Kijal merupakan kesinambungan Kempen Penjimatan Air Kebangsaan yang telah dirasmikan pada 31 Julai 2006 oleh Y.B Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Objektif-objektif projek kelab ini ialah:

i) mendedahkan para pelajar kepada Internet dan penggunaannya

ii) memupuk minat dan meningkatkan kemahiran IT para pelajar

iii)memberi maklumat mengenai teknik-teknik penjimatan air yang paling berkesan kepada para pelajar dan komuniti berpandukan sumber internet dalam bentuk e-book

iv) meningkatkan kesedaran para pelajar dan komuniti untuk mengurangkan pembaziran air dan menggunakan air secara berhemah

Para pelajar dan komuniti didedahkan kepada kaedah penggunaan semula (Reuse & Recycle) dan penuaian air hujan (Rainwater Harvesting). Segala maklumat mengenai teknik-teknik penjimatan ini disebarkan melalui e-book (diberikan secara percuma). E-book ini boleh juga dimuaturun di link di blog SMK Kijal.

Para pelajar berpeluang mencuba demonstrasi kitar semula air yang boleh dipratikkan dalam aktiviti harian.

Demonstrasi 3: RICE ON THE ROOF

Adakah anda percaya jika ada individu yang menanam padi di atas bumbung rumah menggunakan air basuhan pakaian? Jika tidak, sila tontoni video klip demonstrasi 3 dibawah.

30 Cara Menjimatkan Air Di Dalam Dan Di Sekitar Rumah (sambungan dari e-book)


TAMAN

9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.

10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.

11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.

12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.

15. Pastikan rumput di taman dalam keadaan lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.

16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.

17. Seboleh mungkin gunakan bekas pengairan bagi menyiram taman.

DAPUR

18. Jangan gunakan air mengalir untuk mencuci pingan dan mangkuk, gunakan air yang dipenuhkan di dalam singki.

19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.

20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.

21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam bekas atau di dalam singki yang berisi air dan elakkan air mengalir.

22. Pastikan mesin basuh dipenuhi bagi setiap cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.

24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

CARA-CARA PENJIMATAN LAIN

25. Pastikan anda sentiasa menghadiri sebarang perjumpaan dan perbincangan mengenai air di
kawasan anda.

26. Sentiasa lakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

27. Maklumkan sebarang kebocoran paip atau pembaziran kepada pihak berkuasa dengan serta merta.

28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.

29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.

30. Gunakan air yang dikumpul semasa hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas.

SUMBER: http://www.fomca.org.my/bmalay/UserFiles/File/Poster%20kempen%20air.pdf
LAGU KEMPEN KESEDARAN PENJIMATAN AIR KEBANGSAAN
(MAJLIS PELANCARAN PROJEK MAXIS CYBERKIDS SMK KIJAL 2008)

Jimat air, Jangan Membazir
(Radio Jingles)



MusicPlaylist



Bangun pagi-pagi, terus gosok gigi
Tapi jangan lupa tutup air pili
Siram pokok bunga mesti pada-pada
Janganlah sampai limpah rata-rata

Bila ada bocor, jangan biar saja
Cepatlah baiki supaya tidak lupa
Kalau hendak mandi jangan lama-lama
Asal bersih yang lain jangan kira

Takung air baldi untuk cuci kereta
Kita mesti cuba jimat tiap masa
Fikir baik-baik sebelum kita guna
Kalau dah kering kita dahaga

Walau tua muda, kena jaga-jaga
Air berharga harta bersama
Kita mesti bijak, jangan sampai leka
Jimat air, jangan membazir


Click this link to download the song.
http://www.savefile.com/files/1731765





MusicPlaylistRingtones

Friday, June 20, 2008

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.

VISI SMK KIJAL

SMK Kijal sebagai Sebuah Sekolah Cemerlang di Daerah Kemaman

MISI SMK KIJAL

Meningkatkan Pengurusan Pentadbiran sekolah, Akademik, Kokurikulum, Sahsiah dan Kesejahteraan Pelajar, Pembangunan Fizikal, Kemudahan dan Persekitaran sekolah, Asrama dan Perhubungan komuniti untuk merealisasikan visi sekolah yang ditetapkan.