Saturday, February 13, 2010

JANUARI 2010: MAJLIS PELANCARAN PELAJAR ELIT GEMILANG PMR DAN SPM 2010

Bertempat di Astaka Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Majlis Pelancaran Elit Gemilang PMR dan SPM 2010 telah dilangsungkan pada 17 Januari. Program ini bertujuan mewujudkan daya saing positif di kalangan pelajar-pelajar elit untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal dihadapi. Pelajar-pelajar Elit merupakan pelajar harapan sekolah yang telah mempamerkan peningkatan mutu akademik cemerlang.