Tuesday, May 11, 2010

BICARA BUKU 1: AKU, DIA DAN COKLAT


Buku ini mengisahkan seorang budak perempuan bernama Zaza yang terlalu obses dengan coklat sehingga badannya menjadi gemuk. Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan yang cantik jangan makan coklat. Tetapi bagi Zaza, coklat itu lambang cinta dan ubat untuk awet muda. Itulah beberapa petikan dari novel tersebut. Novel ini banyak mengisahkan keadaan yang dialami Zaza dalam usaha untuk meninggalkan makanan kesukaannya iaitu coklat. Bolehkah Zaza melakukannya? Ingin tahu cerita selanjutnya?Sila dapatkan buku ini di perpustakaan SMK Kijal. Selamat membaca!

Disediakan oleh: Mohd Syahiful Azrin b. Ibrahim (Pusat Sumber SMK Kijal)