Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2010 SMK Kijal telah berlangsung pada 20 Januari 2010 pada hari Rabu danbertempat di Dataran Al-Faruqi. Ianya telah dirasmikan oleh Ketua Polis Balai Kijal, Sarjan Mejar Affendi b. Awang.
Seramai 60 orang pelajar telah dilantik sebagai pengawas sekolah pada tahun ini
dan ianya terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan.
Objektif pelantikan pengawas sekolah ialah untuk membantu pihak sekolah dalam menangani kes-kes salahlaku pelajar.