Friday, October 12, 2012

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH SMK KIJAL 2012

TARIKH : 22 September 2012 (Sabtu)
MASA     : 9.00 pagi
TEMPAT: Dewan Sivik Kijal

Pada 22 September yang lalu, SMK Kijal telah mengadakan satu majlis rasmi iaitu Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah di mana ianya bertujuan meraikan pelajar-pelajar cemerlang sepanjang tahun 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) iaitu Tuan Haji Roshali bin Taha. Anugerah Kecemerlangan diberi mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut: 

Anugerah Pencapaian Pelajar Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
( PPKIBP )
Anugerah Kecemerlangan Pelajar Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 
Tingkatan 2, 3, 4 dan 5
Anugerah Program NILAM Tahun 2012
Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid (HEM) Tahun 2012 
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2012
Penghargaan Peningkatan Mata Pelajaran PMR dan SPM Tahun 2011 
(Panitia Mata Pelajaran)
Anugerah Kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011
Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2011
Anugerah Khas Pencapaian Akademik PMR Tahun 2011 

Para pelajar sedang mendaftar seawal jam 8.00 pagi di Dewan Sivik Kijal.

Nurul Desti binti Saiful dan Norfatihah binti Awang daripada
kelas 5 Abdul Qayyum antara penerima anugerah cemerlang
dalam peperiksaan pertengahan tahun 2012.

Ibu-bapa para pelajar penerima anugerah duduk di barisan hadapan.

Kumpulan nasyid SMK Kijal iaitu Soutul Iman sedang 
membuat persembahan pembukaan majlis.

Shafiq bin Johar merupakan pelajar straight A's PMR 2011.
    Beliau menerima Anugerah Khas Pencapaian Akademik (PMR 2011).

Muhammad Zulhakim bin Md. Shah juga pelajar straight A's SMK Kijal 
yang menerima Anugerah Khas Pencapaian Akademik (PMR 2011).

Pengarah APMT, Tuan Haji Roshali bin Taha menyampaikan
 hadiah berupa sebuah basikal kepada penerima Anugerah Nilam 2012 
(Pembaca Buku Terbanyak/Gangsa) iaitu Fazri Alimin bin Omar 
daripada kelas 4 Abdus Salam.

Puan Muhaini binti Salleh mewakili Panitia Matematik menerima
 penghargaan Panitia Cemerlang PMR 2011.


   

Tuesday, October 9, 2012

LADAP ICT 2012: KURSUS MEDIA BARU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TARIKH      : 11 SEPTEMBER 2012 (SELASA) – KUMP. 1
   25 SEPTEMBER 2012 (SELASA) – KUMP. 2

TEMPAT     : MAKMAL KOMPUTER, SMK. KIJAL
MASA         : 2.00 – 5.00 PETANG

Kursus media baru dalam pengajaran telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dimana setiap kumpulan di sertai 36 orang guru. Pembahagian kumpulan ini adalah memastikan setiap guru dapat pendedahan yang lebih intensif dan penumpuan yang lebih khusus. Kursus ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu Pengenalan Media Baru oleh Pn. Ida Zahariah bt Mahmood dan ‘Google Docs’ oleh Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah.

Bagi slot pengenalan media baru telah diterangkan akan penggunaan ‘Facebook’ dan blog dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengenalan blog dimulakan dengan fungsi atau kegunaan blog dalam P&P dan pembinaan blog. Bagi meningkatkan pemahaman setiap guru, semua guru telah dibahagikan  mengikut panitia bagi tujuan latihan praktikal pembinaan blog. Manakala bagi slot  ‘Google Documents’ pula diterangkan secara ringkas tentang sejarah penubuhan ‘Google Documents’,  fungsi yang ditawarkan oleh aplikasi ini serta cara-cara penggunaan ‘Google Documents’. Selain itu, setiap guru diberikan nota tambahan  yang lengkap tentang cara penggunaan dan langkah-langkah pembinaan aplikasi-aplikasi tersebut. 

Secara keseluruhannya, kursus telah berjalan dengan lancar dan baik. Sepanjang kursus, wujudnya pertanyaan dan perbincangan antara guru dan fasilitator. Diharapkan perkongsian ilmu maklumat ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

 Panitia Kemahiran Hidup

Panitia Bahasa Melayu 

 Panitia Bahasa Inggeris

 Perbincangan sebelum memulakan praktikal membina blog interaktif.

Guru-guru lelaki berjaya membina blog 
untuk Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan. 

Fasilitator membantu guru-guru 'upload' dokumen untuk 'simpanan maya'
gunakan Google Documents  dan menyediakan kuiz untuk 
diletakkan pada blog panitia masing-masing.



LADAP ICT 2012: KURSUS MYTHWARE UNTUK GURU-GURU TINGKATAN 1 DAN 2 (KELAS MAYA)

LADAP ICT khusus untuk guru-guru SMK Kijal telah diadakan secara berperingkat dan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Objektif utama LADAP ICT ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknologi pendidikan di kalangan guru dan melatih guru-guru menggunakan aplikasi kelas maya atau virtual class Mythware dimana perlaksanaannya bakal dijalankan pada tahun hadapan. Latihan dan bimbingan ini telah dijalankan oleh JU ICT sekolah iaitu Pn. Suhaila bt. Abdul Rahman, Pn. Ida Zahariah bt. Mahmood dan Pn. Nurul Shariza bt. Mohd. Shah. 

KURSUS PENGINTEGRASIAN E-BOOK MYTHWARE

 TARIKH     : 4 SEPTEMBER 2012 (SELASA)
 TEMPAT    : MAKMAL KOMPUTER, SMK. KIJAL
 MASA        : 2.00 – 5.00 PETANG

Kursus Pengintegrasian E-Book iaitu Mythware telah disertai oleh semua guru matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Seramai  53 orang guru telah didedahkan dengan kursus Mythware. Kursus ini telah di sampaikan oleh Pn. Suhaila bt Abdul Rahman iaitu EIO sekolah serta dibantu oleh Pn. Ida Zahariah bt Mahmood dan Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah.

            Kursus ini dijalankan untuk memastikan guru-guru mengetahui akan perisian Mythware sebagai alat bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran P&P. Ini kerana pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 telah dibekalkan dengan E-Book. Maka, hasrat kerajaan negeri dalam bidang pendidikan adalah dapat mewujudkan kelas maya di peringkat sekolah menengah pula pada masa hadapan. Sebagai contoh, kelas maya yang telah berjaya dilaksanakan adalah  di SK. Telok Kalong, Kemaman bagi sekolah rendah.

       Semasa kursus ini dijalankan, setiap guru telah didedahkan dengan pengenalan, demonstrasi  serta  cara penggunaan program Mythware  di dalam kelas. Selain daripada tunjuk ajar, setiap guru juga telah diberi amali (pairwork) untuk memastikan guru-guru lebih memahami akan peranan guru dan kawalan pelajar semasa P&P  menggunakan Mythware.

 
      Guru-guru khusyuk mendengar taklimat penggunaan Mythware namun tetap berkesempatan memberi 'pose' istimewa.                                                    

Pengetua SMK Kijal, En. Md. Nazeri b. Hassan juga telah 
meluangkan masa untuk turut serta menjayakan kelas aplikasi Mythware ini.

"Baca dulu", mungkin inilah yang Ustaz Aziz katakan kepada Cikgu Azfar
sambil membaca manual sebelum memulakan latihan praktikal bersama.

Cikgu Jaafar melihat sistem Mythware di dalam ebook pelajar.

Puan Suhaila b. Abd. Rahman (EIO SMK Kijal)

Guru-guru Bahasa Inggeris: Cikgu Adibah dan Cikgu Suhana

Guru-guru (ustazah) Panitia Pendidikan Agama Islam 

Puan Nurul Shariza sibuk menunjukkan proses dan
cara-cara penggunaan program kepada Cikgu Soo Eh Lui.

Guru-guru gembira dan bersemangat apabila belajar ilmu baru.

Salah seorang guru yang telah berjaya menggunakan aplikasi
dan sedang berinteraksi dengan fasilitator melalui e-book.

Wednesday, October 3, 2012

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2012

TARIKH: 12-14 Julai (Khamis-Sabtu)
TEMPAT: Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Kijal telah diadakan selama 3 hari bermula pada 12 Julai (Khamis) dan berakhir pada 14 Julai (Sabtu) di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Seramai 130 orang peserta terdiri  daripada unit-unit Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, PBSM, KRS, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Silat Cekak Hanafi telah menjalankan aktiviti-aktiviti perkhemahan bersama-sama dalam suasana harmonis dan saling bekerjasama.

Guru-guru penasihat juga menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam menjayakan program ini di mana ramai diantaranya membawa keluarga dan bermalam bersama-sama peserta. Dalam menikmati alam semulajadi yang indah dan damai itu, guru-guru dan para peserta dapat merasai semangat kekitaan dan terapi jatidiri melalui aktiviti-aktiviti lasak dan rohani. Selain terlibat dengan pertandingan gajet dan sketsa, peserta-peserta perkhemahan telah mengharungi  kebiruan air Tasik Puteri  melalui aktiviti “Water Confident” dan “Flying Fox” yang dibantu dan dijayakan bersama oleh pasukan bomba dari Balai Bomba Kerteh. Sesungguhnya kerjasama dan tenaga yang diberikan oleh Balai Bomba Kerteh sangatlah besar dalam menjayakan perkhemahan ini.  Bukan sahaja dari segi pelaksanaan malah komitmen pegawai-pegawai dari  Balai Bomba Kerteh ini telah berjaya mendisiplinkan para peserta dan menjadi contoh terbaik untuk pelajar dalam aspek kepimpinan.

Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada :

  • Balai Bomba Kerteh
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Bandar Bukit Besi
  • Balai Polis Bukit Besi
  • Klinik Kesihatan Bukit Besi
  • AJK Masjid Bukit Anak Dara    
 Laporan disediakan oleh: Pn. Ida Zahariah bt. Mahmood