Monday, May 20, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS, KOPERASI DAN PRS SMK KIJAL

TARIKH: 4 Februari 2013

MASA: 7. 45 pagi

TEMPAT: Dataran Al Faruqi

PERASMI: YBHG. SUPT. Che Suza Bin Che Hitam
      Ketua Polis Daerah Kemaman


Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman untuk empat badan wakil pelajar iaitu pengawas sekolah SMK Kijal, pengawas Pusat Sumber, pengawas Koperasi dan pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Majlis ini diadakan di Dataran Al-Faruqi SMK Kijal , bersama En. Md Nazeri bin Hassan, Pengetua SMK Kijal, En. Azhar Bin Daud , Guru Penolong Kanan HEM, En. Badrusam Bin Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum , guru-guru serta pelajar-pelajar SMK Kijal.

Tuan pengetua, En. Md Nazeri Bin Hassan memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan, diikuti dengan Yang Berbahagia Supt. Che Suza Bin Che Hitam. Memandangkan cuaca yang tidak begitu baik kerana hujan, lokasi majlis terpaksa bertukar ke kantin sekolah. Walaupun agak kelam kabut kerana bertukar tempat di saat-saat akhir, majlis dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.

Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan Penyampaian Watikah Pelantikan dan Bacaan Ikrar Pengawas yang diketuai oleh saudara Shafiq bin Johar selaku Ketua Pengawas Sekolah tahun 2013 diikuti bersama Ketua Pengawas PSS, Ketua Pengawas Koperasi dan Ketua Pembimbing Rakan Sebaya. Teks Ikrar Badan-badan pengawas telah diberikan oleh Saudara Shafiq bin Johar kepada Tuan Pengetua sebagai satu simbolik “Akur Janji” telah termeterai.

Sebagai tanda terima kasih majlis sangat berbesar hati menjemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah cenderamata kepada tetamu khas seterusnya menjemput semua tetamu ke kantin untuk sedikit jamuan ringan.

Di kesempatan ini, pihak ahli jawatankuasa majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengawas serta guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis ini berjalan lancar. Semoga kerja baik kita sentiasa diberkati hendaknya.

            
Ybhg. Supt. Che Suza bin Che Hitam, Ketua Polis Daerah Kemaman memberikan

watikah. 

  


Sijil-sijil Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi Sekolah
dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Kijal 2013

Bacaan ikrar oleh Shafiq bin Johar, ketua pengawas SMK Kijal. 
Pengawas-pengawas sekolah SMK Kijal 2013
Pengawas-pengawas Pusat Sumber SMK Kijal 2013
Pengawas-pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2013

Wednesday, April 3, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013 BUKTI PERMUAFAKATAN WARGA SMK KIJAL

TARIKH: 29 Januari 2013
HARI/MASA: Selasa  ( 7.30 -11.30 pagi )  
TEMA :WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda.Justeru itu sempena bulan Rabiul Awal bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang penuh berkat ini, Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan beberapa program untuk memberi penghayatan kepada para pelajar. Diharapkan juga  aktiviti-aktiviti perarakan, ceramah, pertandingan nasyid, kuiz dan pertandingan sepanduk bertemakan "Kesatuan Ummah" ini dapat membina sahsiah pelajar agar lebih mencintai Rasullullah S.A.W dan mencontohi Baginda dalam kehidupan mereka,disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti rajin, berdisiplin, bersatu hati dan patuh kepada agama.Sekaligus menyuntik semangat untuk  berubah ke arah sikap yang lebih positif dan dinamik untuk mencapai kesejahteraan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.


Ucapan pengerusi majlis oleh En. Mohd Jaafar bin Shaari

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nakhaie bin Mohd Nafiah
(Imam Masjid Kg Chendor, Kuantan) 
Para pelajar memberi tumpuan.
Pertandingan Sepanduk mengikut kategori Rumah Sukan
(Rumah Persona)
Sepanduk Rumah Satria
Bersiap-sedia untuk berarak.
Guru-guru SMK Kijal mengepalai dan mengawasi keselamatan
para pelajar yang berarak.
Unik. Peserta berarak menjunjung replika Kaabah
yang dibuat sendiri oleh pelajar SMK Kijal.
Pelajar mewakili Rumah Sukan masing-masing berarak melintasi Pekan Kijal.
Pelajar-pelajar perempuan tidak kurang hebatnya,
terus bersemangat berarak dalam barisan  dengan kesungguhan
menonjolkan disiplin diri yang tinggi.
PK 1 dan PK HEM SMK Kijal turut serta memberi sokongan moral
kepada semua peserta perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2013.
Guru-guru wanita dan kakitangan SMK Kijal sama-sama bersatu hati,
sepakat menjayakan program sekolah bersama-sama pelajar,
riak muka ceria tanpa mengira penat atau kesakitan berjalan mengelilingi
kawasan perkampungan Kijal.
Penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan
oleh En. Ahmad Zamri bin Abdul Wahab (PK Kanan Pentadbiran SMK Kijal)
En. Azhar bin Daud segak berbaju Melayu warna kuning (PK HEM SMK Kijal)

Ustaz Mohd. Maidin bin A. Rahman (Ketua Bidang Kemanusiaan)

Thursday, March 21, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA ANTARA RUMAH SUKAN PERINGKAT SEKOLAH 2013

SMK Kijal telah mengadakan aktviti larian merentas desa peringkat sekolah pada  23 Januari 2013. Larian ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1 hingga 5( lelaki dan perempuan). Satu taklimat telah disampaikan oleh cikgu Che Kamaruddin bin  Ya  dan kemudiannya pelajar-pelajar membuat senaman aerobik untuk memanaskan badan yang dipimpin oleh pasukan klinik Kesihatan Kijal .               



Guru-guru SMK Kijal turut serta melakukan aktiviti senamrobik bersama para pelajar.

Perlepasan pertama dimulai dengan pelajar-pelajar perempuan.
                                     
Pelajar-pelajar PKBP turut sama dalam larian tersebut.

Pasukan Peronda dan penyelamat

 Larian


Hakim penamat

Persembahan silat selepas larian

Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang yang disampaikan
 oleh Tn Hj.Abdul  Wahab bin Abdullah iaitu Naib Pengerusi PIBG  
dan diiringi oleh Tuan Pengetua En Md Nazeri Bin Hassan.
Johan lelaki 18 dari rumah Putra


Penyampaian hadiah oleh En Badrusam Bin Abu Bakar 
iaitu PK Kokurikulum kepada Johan perempuan bawah 18 dari rumah Satria.


Penutup
Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru-guru terutamanya memberi peluang kepada semua pelajar mengambil bahagian dalam bidang sukan secara langsng dan tidak langsung diperingkat sekolah .

Thursday, February 28, 2013

Y.A.B MB TERENGGANU SEMPURNAKAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS SMK KIJAL 2013

 20 JANUARI 2013
AHAD

10.00 PAGI

DATARAN AL-FARUQI
SMK KIJAL

SMK Kijal dan SK Kijal bekerjasama menjayakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas 2013.
Guru-guru dan para pelajar bekerjasama melayan ibu-bapa yang hadir untuk sesi pendaftaran sebelum majlis penyerahan bantuan bermula.



Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 tahun 2013 adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 20 September 2012. Ianya melibatkan peruntukan sejumlah RM 540 juta kepada semua pelajar Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2013.

Penyerahan Bantuan Khas pada 20 Januari lalu melibatkan semua pelajar SMK Kijal dan SK Kijal seperti berikut:


Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid.