Monday, August 24, 2009

LAWATAN SMK KIJAL KE SELANGOR, K.LUMPUR DAN MELAKA


Gambar di Sinar Harian 8 OGOS 2009.
Antara tempat-tempat yang dilawati: RTM, Karangkraf, A'Famosa, dll.


Monday, August 10, 2009

KEJAYAAN KO-KURIKULUM SMK KIJAL (1)

1. KARNIVAL BOLA SEPAK MSSM KEMAMAN 2009 (16 TAHUN)
JOHAN

2. KARNIVAL BOLA JARING MSSM KEMAMAN 2009 (16 TAHUN)
NAIB JOHAN

3. KARNIVAL BOLA JARING MSSM KEMAMAN 2009 (14 TAHUN)
KETIGA


SMK KIJAL BENAM SMK SULTAN ISMAIL2 3-0

“Pada perlawanan akhir, SMK Kijal berjaya menumpaskan saingan sengit SMK Sultan Ismail 2 dengan jaringan 3-0,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian.

Pada perlawanan separuh akhir, SMK Sultan Ismail menumpaskan SMK Air Putih, sementara SMK Kijal membenam cabaran pasukan SMK Sultan Ismail, Kemaman.

Klik untuk berita lanjut:




PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SMK KIJAL ERAT PERMUAFAKATAN

Pada 9 hingga 11 Julai, telah berlangsungnya perkhemahan unit beruniform SMK Kijal. Objektif perkhemahan ini adalah untuk melatih sifat berdikari dan jati diri setiap peserta.

Perkhemahan ini telah diadakan di kawasan sekolah. Seramai 141 orang pelajar dari 7 badan beruniform telah menyertai perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan kawad kaki, pertandingan membuat gajet dan pertandingan khemah terbaik. Hampir keseluruhan aktiviti telah diungguli oleh Kadet Polis yang muncul sebagai johan dan naib johan disandang oleh Kadet Bomba. Tempat ketiga pula disandang oleh Pasukan Pengakap.

Para guru dan kakitangan juga telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi di mana anak dan keluarga dibawa tidur bersama-sama di tapak perkhemahan. Pertandingan mewarna khas untuk anak-anak guru dan kakitangan juga sungguh meriah bila bermacam karenah dan keletah dapat dilihat. Tiada jurang antara guru dan pekerja lain, semuanya mesra dan bergurau senda.

TAHNIAH Kadet Polis dan Syabas SEMUA!

ENGLISH CAMP 2009



“English Camp” telah dianjurkan oleh ETA (English Teaching Assistant) dan SMK Kijal pada 25 hingga 27 Jun 2009. Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam di Suria Cherating Beach Resort.

Seramai 35 orang pelajar telah menyertai program ini di bawah bimbingan 4 orang fasilitator (ETA) dari sekolah yang berlainan. Mereka ialah Shelly Mayheus dari SMK Pengkalan Ranggun, Erin dari SMK Chalok , Maggie dari SMK Rahim Razali dan Ruthie dari SMK KIJAL.

HARI PERTAMA

12.30 tengah hari

Kami dibenarkan pulang awal dan kemudian dikehendaki berkumpul di perkarangan sekolah untuk mendengar taklimat.

1.00 petang

Kami bertolak menaiki bas. Pada jam 1.45 petang, kami sampai di Suria Cherating Beach Resort. Kami diarahkan untuk mendaftarkan diri dan diberikan kunci bilik yang telah ditetapkan dan berkumpul kembali pada jam 2.15 petang di dalam dewan. Setiap peserta diberikan fail yang mengandungi bahan-bahan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sepanjang kem berlangsung.

2.30 petang

“Icebreaking” merupakan aktiviti yang kami mulakan dan permainan ini agak menyeronokkan. Kami dikehendaki berkenalan dengan semua yang hadir di dalam dewan ketika itu.

4.30 petang

Kami dibenarkan balik ke bilik masing- masing dan menunaikan solat Asar sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

8.30 malam

Pada sebelah malam pula, kami meneruskan aktivit “ Poetry Building Workshop”.Tepat jam 10.30 malam, kami dibenarkan balik ke bilik masing- masing dan bersedia untuk keesokan harinya.

HARI KEDUA

7.00 pagi

Kami bersenam bersama-sama fasilitator.

8.00 pagi

Aktiviti seterusnya ialah , kami diberi sekeping kad dan beberapa suratkhabar. Dalam aktiviti ini, kami dikehendaki menceritakan serba- sedikit tentang kumpulan masing- masing dan persembahkan di hadapan rakan- rakan yang lain.

3.00 petang

Kami dikehendaki berlatih untuk pertandingan nyanyian lagu-lagu Bahasa Inggeris. Kami agak gementar, bermacam- macam idea dan pendapat yang diberikan dari kumpulan masing-masing.

8.30 malam

Akhirnya malam yang membuatkan kami rasa gementar pun tiba. Aktiviti malam kedua ini ialah “Kemaman Idol”. Setiap kumpulan harus membuat persembahan di hadapan rakan- rakan dan juga guru-guru kami yang ‘sporting’.“Kemaman Idol” tamat jam 11.30 malam. Kami agak penat pada malam tesebut dan kembali ke bilik.

HARI KETIGA

Pada pagi hari terakhir ini kami diberi kelonggaran untuk tidak menjalani sesi pagi. Kami hanya perlu bersarapan dan mengemaskan beg baju. Kami berkumpul semula di dewan untuk aktiviti yang terakhir. Aktiviti ini memaksa kami untuk berlari bagi mendapatkan jawapan untuk setiap klu yang diberikan…Penat sangat sampai kami rasa nak pengsan tetapi gembiranya tidak terkata..We had so much fun!

Akhirnya, majlis penyampaian hadiah telah diadakan untuk mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang berjaya. Kami rasa agak sedih namun bimbingan dan pengalaman yang kami kecapi sangat berharga. Antaranya, kami dapat menambah ilmu pengetahuan, mengenali rakan baru seterusnya membantu kami berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Kami sudah yakin kami boleh bertutur Bahasa Inggeris! THANK YOU ETAs and TEACHERS! WE LOVE ALL OF YOU!