Tuesday, May 21, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS, KOPERASI DAN PRS SMK KIJAL

TARIKH: 4 Februari 2013

MASA: 7. 45 pagi

TEMPAT: Dataran Al Faruqi

PERASMI: YBHG. SUPT. Che Suza Bin Che Hitam
      Ketua Polis Daerah Kemaman


Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman untuk empat badan wakil pelajar iaitu pengawas sekolah SMK Kijal, pengawas Pusat Sumber, pengawas Koperasi dan pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Majlis ini diadakan di Dataran Al-Faruqi SMK Kijal , bersama En. Md Nazeri bin Hassan, Pengetua SMK Kijal, En. Azhar Bin Daud , Guru Penolong Kanan HEM, En. Badrusam Bin Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum , guru-guru serta pelajar-pelajar SMK Kijal.

Tuan pengetua, En. Md Nazeri Bin Hassan memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan, diikuti dengan Yang Berbahagia Supt. Che Suza Bin Che Hitam. Memandangkan cuaca yang tidak begitu baik kerana hujan, lokasi majlis terpaksa bertukar ke kantin sekolah. Walaupun agak kelam kabut kerana bertukar tempat di saat-saat akhir, majlis dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.

Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan Penyampaian Watikah Pelantikan dan Bacaan Ikrar Pengawas yang diketuai oleh saudara Shafiq bin Johar selaku Ketua Pengawas Sekolah tahun 2013 diikuti bersama Ketua Pengawas PSS, Ketua Pengawas Koperasi dan Ketua Pembimbing Rakan Sebaya. Teks Ikrar Badan-badan pengawas telah diberikan oleh Saudara Shafiq bin Johar kepada Tuan Pengetua sebagai satu simbolik “Akur Janji” telah termeterai.

Sebagai tanda terima kasih majlis sangat berbesar hati menjemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah cenderamata kepada tetamu khas seterusnya menjemput semua tetamu ke kantin untuk sedikit jamuan ringan.

Di kesempatan ini, pihak ahli jawatankuasa majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengawas serta guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis ini berjalan lancar. Semoga kerja baik kita sentiasa diberkati hendaknya.

            
Ybhg. Supt. Che Suza bin Che Hitam, Ketua Polis Daerah Kemaman memberikan

watikah. 

  


Sijil-sijil Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi Sekolah
dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Kijal 2013

Bacaan ikrar oleh Shafiq bin Johar, ketua pengawas SMK Kijal. 
Pengawas-pengawas sekolah SMK Kijal 2013
Pengawas-pengawas Pusat Sumber SMK Kijal 2013
Pengawas-pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2013