Wednesday, October 3, 2012

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2012

TARIKH: 12-14 Julai (Khamis-Sabtu)
TEMPAT: Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Kijal telah diadakan selama 3 hari bermula pada 12 Julai (Khamis) dan berakhir pada 14 Julai (Sabtu) di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Seramai 130 orang peserta terdiri  daripada unit-unit Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, PBSM, KRS, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Silat Cekak Hanafi telah menjalankan aktiviti-aktiviti perkhemahan bersama-sama dalam suasana harmonis dan saling bekerjasama.

Guru-guru penasihat juga menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam menjayakan program ini di mana ramai diantaranya membawa keluarga dan bermalam bersama-sama peserta. Dalam menikmati alam semulajadi yang indah dan damai itu, guru-guru dan para peserta dapat merasai semangat kekitaan dan terapi jatidiri melalui aktiviti-aktiviti lasak dan rohani. Selain terlibat dengan pertandingan gajet dan sketsa, peserta-peserta perkhemahan telah mengharungi  kebiruan air Tasik Puteri  melalui aktiviti “Water Confident” dan “Flying Fox” yang dibantu dan dijayakan bersama oleh pasukan bomba dari Balai Bomba Kerteh. Sesungguhnya kerjasama dan tenaga yang diberikan oleh Balai Bomba Kerteh sangatlah besar dalam menjayakan perkhemahan ini.  Bukan sahaja dari segi pelaksanaan malah komitmen pegawai-pegawai dari  Balai Bomba Kerteh ini telah berjaya mendisiplinkan para peserta dan menjadi contoh terbaik untuk pelajar dalam aspek kepimpinan.

Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada :

  • Balai Bomba Kerteh
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Bandar Bukit Besi
  • Balai Polis Bukit Besi
  • Klinik Kesihatan Bukit Besi
  • AJK Masjid Bukit Anak Dara    
 Laporan disediakan oleh: Pn. Ida Zahariah bt. Mahmood