Tuesday, October 9, 2012

LADAP ICT 2012: KURSUS MEDIA BARU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TARIKH      : 11 SEPTEMBER 2012 (SELASA) – KUMP. 1
   25 SEPTEMBER 2012 (SELASA) – KUMP. 2

TEMPAT     : MAKMAL KOMPUTER, SMK. KIJAL
MASA         : 2.00 – 5.00 PETANG

Kursus media baru dalam pengajaran telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dimana setiap kumpulan di sertai 36 orang guru. Pembahagian kumpulan ini adalah memastikan setiap guru dapat pendedahan yang lebih intensif dan penumpuan yang lebih khusus. Kursus ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu Pengenalan Media Baru oleh Pn. Ida Zahariah bt Mahmood dan ‘Google Docs’ oleh Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah.

Bagi slot pengenalan media baru telah diterangkan akan penggunaan ‘Facebook’ dan blog dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengenalan blog dimulakan dengan fungsi atau kegunaan blog dalam P&P dan pembinaan blog. Bagi meningkatkan pemahaman setiap guru, semua guru telah dibahagikan  mengikut panitia bagi tujuan latihan praktikal pembinaan blog. Manakala bagi slot  ‘Google Documents’ pula diterangkan secara ringkas tentang sejarah penubuhan ‘Google Documents’,  fungsi yang ditawarkan oleh aplikasi ini serta cara-cara penggunaan ‘Google Documents’. Selain itu, setiap guru diberikan nota tambahan  yang lengkap tentang cara penggunaan dan langkah-langkah pembinaan aplikasi-aplikasi tersebut. 

Secara keseluruhannya, kursus telah berjalan dengan lancar dan baik. Sepanjang kursus, wujudnya pertanyaan dan perbincangan antara guru dan fasilitator. Diharapkan perkongsian ilmu maklumat ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

 Panitia Kemahiran Hidup

Panitia Bahasa Melayu 

 Panitia Bahasa Inggeris

 Perbincangan sebelum memulakan praktikal membina blog interaktif.

Guru-guru lelaki berjaya membina blog 
untuk Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan. 

Fasilitator membantu guru-guru 'upload' dokumen untuk 'simpanan maya'
gunakan Google Documents  dan menyediakan kuiz untuk 
diletakkan pada blog panitia masing-masing.