Tuesday, October 9, 2012

LADAP ICT 2012: KURSUS MYTHWARE UNTUK GURU-GURU TINGKATAN 1 DAN 2 (KELAS MAYA)

LADAP ICT khusus untuk guru-guru SMK Kijal telah diadakan secara berperingkat dan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Objektif utama LADAP ICT ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknologi pendidikan di kalangan guru dan melatih guru-guru menggunakan aplikasi kelas maya atau virtual class Mythware dimana perlaksanaannya bakal dijalankan pada tahun hadapan. Latihan dan bimbingan ini telah dijalankan oleh JU ICT sekolah iaitu Pn. Suhaila bt. Abdul Rahman, Pn. Ida Zahariah bt. Mahmood dan Pn. Nurul Shariza bt. Mohd. Shah. 

KURSUS PENGINTEGRASIAN E-BOOK MYTHWARE

 TARIKH     : 4 SEPTEMBER 2012 (SELASA)
 TEMPAT    : MAKMAL KOMPUTER, SMK. KIJAL
 MASA        : 2.00 – 5.00 PETANG

Kursus Pengintegrasian E-Book iaitu Mythware telah disertai oleh semua guru matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Seramai  53 orang guru telah didedahkan dengan kursus Mythware. Kursus ini telah di sampaikan oleh Pn. Suhaila bt Abdul Rahman iaitu EIO sekolah serta dibantu oleh Pn. Ida Zahariah bt Mahmood dan Pn. Nurul Shariza bt Mohd Shah.

            Kursus ini dijalankan untuk memastikan guru-guru mengetahui akan perisian Mythware sebagai alat bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran P&P. Ini kerana pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 telah dibekalkan dengan E-Book. Maka, hasrat kerajaan negeri dalam bidang pendidikan adalah dapat mewujudkan kelas maya di peringkat sekolah menengah pula pada masa hadapan. Sebagai contoh, kelas maya yang telah berjaya dilaksanakan adalah  di SK. Telok Kalong, Kemaman bagi sekolah rendah.

       Semasa kursus ini dijalankan, setiap guru telah didedahkan dengan pengenalan, demonstrasi  serta  cara penggunaan program Mythware  di dalam kelas. Selain daripada tunjuk ajar, setiap guru juga telah diberi amali (pairwork) untuk memastikan guru-guru lebih memahami akan peranan guru dan kawalan pelajar semasa P&P  menggunakan Mythware.

 
      Guru-guru khusyuk mendengar taklimat penggunaan Mythware namun tetap berkesempatan memberi 'pose' istimewa.                                                    

Pengetua SMK Kijal, En. Md. Nazeri b. Hassan juga telah 
meluangkan masa untuk turut serta menjayakan kelas aplikasi Mythware ini.

"Baca dulu", mungkin inilah yang Ustaz Aziz katakan kepada Cikgu Azfar
sambil membaca manual sebelum memulakan latihan praktikal bersama.

Cikgu Jaafar melihat sistem Mythware di dalam ebook pelajar.

Puan Suhaila b. Abd. Rahman (EIO SMK Kijal)

Guru-guru Bahasa Inggeris: Cikgu Adibah dan Cikgu Suhana

Guru-guru (ustazah) Panitia Pendidikan Agama Islam 

Puan Nurul Shariza sibuk menunjukkan proses dan
cara-cara penggunaan program kepada Cikgu Soo Eh Lui.

Guru-guru gembira dan bersemangat apabila belajar ilmu baru.

Salah seorang guru yang telah berjaya menggunakan aplikasi
dan sedang berinteraksi dengan fasilitator melalui e-book.