Wednesday, February 29, 2012

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN (AKTA PENAPISAN FILEM 2002)

TARIKH: 21 Februari 2012 (Selasa)
MASA: 9.00 a.m-1.00 p.m
TEMPAT: Kantin Sekolah SMK Kijal

Program Pendidikan Pencegahan ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Program ini bertujuan menyahut seruan Kementerian mengenai "Touch Point" iaitu program yang mendakap masyarakat (menyentuh hati dan perasaan rakyat) memandangkan pendedahan dan kesedaran awal amat perlu bagi membolehkan para pelajar menghindari gejala negatif yang boleh merosakkan masa hadapan mereka.

OBJEKTIF:
  • memberikan pendedahan tentang fungsi dan tanggungjawab bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan dari segi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh bahagian ini
  • menimbulkan kesedaran kepada para pelajar mengenai kesan negatif menonton filem lucah dan filem yang tidak ditapis
  • menimbulkan kesedaran individu dalam kalangan pelajar untuk menyebar dan mendidik rakan sebaya tentang kesan negatif menonton filem haram
AKTIVITI:
Taklimat/ceramah Kesan dan Impak Filem kepada Pelajar, pameran dan pengedaran risalah





Klik link untuk muaturun gambar.

Disediakan oleh: Pn. Norama binti Mohamad