Tuesday, February 28, 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH 2012



MASA : 8-12 p.m
HARI:   11 Februari 2012 (Sabtu)
TEMPAT: SMK Binjai, Kemaman

       Seramai 32 org pelajar telah dipilih mewakili SMK Kijal pada tahun ini. Lapan pelajar perempuan mewakili P18, lapan pelajar perempuan untuk P15, lapan pelajar lelaki untuk L18 dan lapan pelajar lelaki mewakili kategori L15. 
         Pada tahun 2012, keputusan telah meningkat yang mana lebih ramai pelajar mendapat tempat terbaik di bawah kedudukan 20. Hanya peserta di bawah kedudukan 20 sahaja diberi nombor di garisan penamat bagi mendapatkan mata untuk sekolah (mata terkumpul). 
         SMK Kijal telah mendapat kejayaan melalui kategori P15 dimana wakil sekolah iaitu Nur Isma Afini binti Juma'at telah memenangi tempat pertama dan kekal sebagai juara bertahan peringkat daerah. Beberapa wakil SMK Kijal turut sampai awal di garisan penamat dan mendapat tempat ke-6 dan 9. 
         Seramai dua orang pelajar SMK Kijal akan mewakili daerah ke peringkat negeri. Manakala Nur Isma pula bakal mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan. Syabas SMK Kijal!