Wednesday, February 8, 2012

PROGRAM KARNIVAL "JOM MASUK U" 2012

TARIKH: 28-29 Januari
MASA: 7.00am-6.00pm
PESERTA: Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5



Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan lawatan ke Karnival "Jom Mauk U" yang diadakan di Pusat Dagangan Terengganu TTC. Pada 28 Januari, seramai 37 orang pelajar tingkatan 5 Abdul Qayyum dan 5 Abdul Hakim telah terlibat dalam program ini dan mereka telah diiringi oleh 3 orang guru iaitu Puan Anisah bt. Yahya, Puan Norliah bt. Zakaria dan Cik Fathen Suriati bt. Jusoh.

Pada 29 Januari pula, para pelajar tingkatan 4 Abdul Qayyum dan 4 Abdul Hakim telah dibawa ke karnival tersebut diiringi oleh Puan Anisah bt.Yahya dan Cik Fathen Suriati bt. Jusoh. Objektif program ini ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mengumpul maklumat kerjaya dan berinteraksi dengan tenaga pengajar IPTA dan IPTS berkenaan di karnival.

Disediakan oleh: Puan Anisah bt. Yahya