Monday, August 25, 2008

MATLAMAT PROJEK E-BOOK SMK KIJAL: Kempen Kesedaran Penjimatan Air 2008


Projek Kelab Maxis Cyberkids SMK Kijal merupakan kesinambungan Kempen Penjimatan Air Kebangsaan yang telah dirasmikan pada 31 Julai 2006 oleh Y.B Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Objektif-objektif projek kelab ini ialah:

i) mendedahkan para pelajar kepada Internet dan penggunaannya

ii) memupuk minat dan meningkatkan kemahiran IT para pelajar

iii)memberi maklumat mengenai teknik-teknik penjimatan air yang paling berkesan kepada para pelajar dan komuniti berpandukan sumber internet dalam bentuk e-book

iv) meningkatkan kesedaran para pelajar dan komuniti untuk mengurangkan pembaziran air dan menggunakan air secara berhemah

Para pelajar dan komuniti didedahkan kepada kaedah penggunaan semula (Reuse & Recycle) dan penuaian air hujan (Rainwater Harvesting). Segala maklumat mengenai teknik-teknik penjimatan ini disebarkan melalui e-book (diberikan secara percuma). E-book ini boleh juga dimuaturun di link di blog SMK Kijal.

Para pelajar berpeluang mencuba demonstrasi kitar semula air yang boleh dipratikkan dalam aktiviti harian.