Monday, August 25, 2008

30 Cara Menjimatkan Air Di Dalam Dan Di Sekitar Rumah (sambungan dari e-book)


TAMAN

9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.

10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.

11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.

12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.

15. Pastikan rumput di taman dalam keadaan lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.

16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.

17. Seboleh mungkin gunakan bekas pengairan bagi menyiram taman.

DAPUR

18. Jangan gunakan air mengalir untuk mencuci pingan dan mangkuk, gunakan air yang dipenuhkan di dalam singki.

19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.

20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.

21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam bekas atau di dalam singki yang berisi air dan elakkan air mengalir.

22. Pastikan mesin basuh dipenuhi bagi setiap cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.

24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

CARA-CARA PENJIMATAN LAIN

25. Pastikan anda sentiasa menghadiri sebarang perjumpaan dan perbincangan mengenai air di
kawasan anda.

26. Sentiasa lakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

27. Maklumkan sebarang kebocoran paip atau pembaziran kepada pihak berkuasa dengan serta merta.

28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.

29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.

30. Gunakan air yang dikumpul semasa hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas.

SUMBER: http://www.fomca.org.my/bmalay/UserFiles/File/Poster%20kempen%20air.pdf