Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebagai pembuka bicara, ingin kami ucapkan seribu kesyukuran kepada Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya ahli-ahli Kelab Maxis Cyberkids SMK Kijal akhirnya berjaya menghasilkan e-book kempen penjimatan air ini. Seribu penghargaan kami ucapkan kepada pihak Maxis yang telah membimbing kami mengenali dan menguasai kemahiran IT. Tanpa kemahiran ini, pastinya kami tidak kenal apa itu e-book apatah lagi menghasilkannya khusus untuk kesejahteraan komuniti setempat.
Sekalung kasih mesra untuk pengetua kanan SMK Kijal iaitu Tuan Haji Shaffie Bin Awang yang tidak jemu-jemu memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan projek ini walaupun terlalu banyak rintangannya. Kerjasama guru-guru, staf-staf sokongan dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung amatlah kami hargai. Tiada kata yang boleh mendefinisikan kegembiraan kami, yang nyata hanya tiga perkataan sahaja yang mampu kami ucapkan: “We Love SMK Kijal”, “We Love MAXIS”, dan “We Love Community”.
Akhirkata, kami berharap e-book Bongkar Rahsia Jimat Air ini dapat menggalakkan penggunaan air secara efisyen di kalangan komuniti setempat dan membantu kerajaan merealisasikan sasaran penjimatan air di Malaysia sebanyak 10 peratus di kalangan sektor domestik.
Wassalam
Muhd. Firdaus B. Abd. Razak

"CARA MANUSIA MENGHARGAI AIR"