PROGRAM LAMBAIAN KAABAH 2012
14 JUN (KHAMIS)
8.30 PAGI-1.30 PETANG
ASRAMA KIJAL
RASIONAL
Kurukulum Kebangsaan menggariskan
pelajar mesti didedahkan dengan teori haji bermula dari tingkatan empat lagi.
Namun pembelajaran teori tanpa disokong oleh praktikal menjadikannya kurang
berkesan. Maka Panitia Pendidikan Islam SMK Kijal mengambil inisiatif merancang
dan cuba melaksanakan praktikal haji ini agar pelajar memahami bukan sekadar
teori, malah menjalani pengalaman separa sebenar tentang ibadat yang mulia ini.
OBJEKTIF
- Mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap tajuk Pendidikan Islam Tingkatan 4 iaitu Haji dan Umrah.
- Pelajar dapat menjalani amali pemakaian pakaian ihram.
- Pelajar dapat melakukan sendiri amalan tawaf, saie dan melontar di bawah bimbingan fasilitataor yang berpengalaman.
- Pelajar dapat membuat gambaran mental suasana umat Islam mengerjakan ibadat haji di Mekah.
- Pelajar dapat membaca dan menyebut lafaz-lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji.
- Pelajar dapat menjalin kerjasama antara mereka dalam melaksanakan program ini.
Disediakan oleh:
Ustazah Nor Aini binti Mustafa & Ustazah Tuan Ariza binti Tuan Jusoh