Sunday, July 8, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK KIJAL KE-18 ERATKAN PERMUAFAKATAN WARGA SMK KIJAL

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  KIJAL KE-18

TARIKH       : 27 JUN 2012 (Rabu)
TEMPAT      : Padang SMK Kijal

Pada jam 8.30 pagi telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga SMK. Kijal yang ke-18. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah En. Wan Ridhuan bin Muhammad dan dihadiri YDP PIBG Hj. Hassan bin Ali dan NYDP Hj. Abdul Wahab bin Abdullah. Acara yang terlibat di  dalam Kejohanan Olahraga adalah larian 100M, 4 x 100M dan Tarik Tali Akhir. Terdapat juga acara bagi pegawai (guru) iaitu larian 4 x 50M.

Bagi Sukantara iaitu latihan antara rumah sukan telah berjalan dengan baik pada 19 Jun dan 20 Jun yang bermula dari 2.30 sehingga 5.30 petang. Pada 19 Jun bagi Kumpulan A iaitu rumah sukan Putra dan Perdana. Manakala, 20 Jun bagi Kumpulan B iaitu rumah sukan Persona dan Satria.

Pada 24 Jun (Ahad) dan 25 Jun (Isnin) telah berlangsungnya Pra Kejohanan SMK. Kijal yang bermula dari 2.30 sehingga 5.30 petang. Pada 24 Jun, acara yang terlibat semasa Pra Kejohanan adalah lompat jauh, lontar peluru dan Tarik Tali Separuh Akhir 1 antara rumah sukan Persona(Hijau) dan Satria (Merah). Keputusan Tarik Tali dimenangi rumah sukan Persona.
  
Manakala, pada 25 Jun acara yang terlibat adalah larian 200M, 400M dan 800M serta Tarik Tali Separuh Akhir 2 antara rumah sukan Perdana (Kuning) dan Putra (Biru). Maka, keputusan Tarik Tali dimenangi oleh rumah sukan Perdana.

Pada akhir kejohanan, kejuaraan sukan kali ke-18 telah dimenangi oleh rumah sukan Persona dengan 83 mata mengatasi rumah sukan Putra yang mendapat tempat kedua dengan 74 mata. Secara keseluruhannya, perjalanan Kejohanan Olahraga Kali ke-18 telah berjalan dengan lancar dan meriah. Semua guru dan pelajar bergotong-royong menyiapkan rumah sukan masing-masing serta membantu guru dalam membuat persiapan perbarisan rumah sukan. Wujud sikap bekerjasama antara pelajar dan guru serta semangat kesukanan yang tinggi dalam diri pelajar untuk merebut kejuaraan dalam Kejohanan Olahraga Ke-18.

KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-18.

BIL
PASUKAN
EMAS
PERAK
GANGSA
KE-4
MATA
KEDUDUKAN
1
PUTRA (BIRU)
4
11
9
5
74
2
2
PERSONA (HIJAU)
9
6
10
9
83
1
3
SATRIA (MERAH)
9
6
6
7
73
3
4
PERDANA (KUNING)
6
5
3
5
50
4

Olahragawan 2012: Che Wan Zulhilmi bin Che Wan Yahya (Persona)
Olahragawati 2012: Noratika binti Ramli (Perdana)

Peserta terbaik mengikut kategori:
L18: Che Wan Zulhilmi bin Che Wan Yahya (Persona) – 12 mata
L15: Tuan Nor Iskandar bin Tuan Rashid (Putra) – 8 mata
P18: Noratika binti Ramli (Perdana) – 15 mata
P15: Fadzillah binti Pauzi (Persona) – 12 mata

Keputusan pertandingan:
Perbarisan rumah sukan:
 1. Putra 
 2. Perdana
 Perbarisan badan beruniform: 
1. Persatuan Silat Cekak Hanafi
2. Kadet Bomba Penyelamat Malaysia
Hiasan rumah sukan:
 1. Putra 
 2. Satria
Maskot kreatif: Satria
Pengurusan rumah sukan (Anugerah Khas Ko-kurikulum): Putra dan Satria
Pertandingan Tarik Tali: Persona



 

(Pastikan anda telah login akaun Facebook anda terlebih dahulu sebelum muaturun gambar.)