Tuesday, November 15, 2011

KEM MEMBACA 1MALAYSIA SMK KIJAL

     
          Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT). Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid untuk pembelajaran sepanjang hayat. Majlis pelancaran peringkat kebangsaan iaitu KM1M (Kem Membaca 1 Malaysia) telah diadakan pada 2 November 2011 bertempat di SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur. SMK Kijal juga tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama menyemarakkan lagi KM1M untuk menanam tabiat membaca di kalangan warga sekolah mulai 30 Oktober hingga 3 November dengan tema "Pembacaan Pemangkin 1Malaysia".

          Majlis pelancaran peringkat sekolah telah diadakan pada 31 Oktober 2011, jam 7.45 pagi dan telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Zamri bin Abdul Wahab, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis penyampaian hadiah pula telah diadakan pada 8 November 2011, jam 7.30 pagi.

          Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Membaca Santai di perpustakaan, Membaca Sajak, 10 Minit Buku, pertandingan "Public Speaking", pertandingan menulis karangan "Faedah Membaca", dan SYABAS. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

"Membaca Amalan Mulia"
Disediakan oleh: Puan Aishah binti Abdullah 
(Guru Perpustakaan Media Sekolah)