Thursday, January 30, 2014

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 2, 3 DAN 5 SMK KIJAL 2014


Program Maju Diri adalah satu aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang pengurusan masa yang betul sebagai seorang pelajar di sekolah menengah.

Aktiviti lain ialah memberi tumpuan terhadap kemahiran belajar iaitu kemahiran membaca dan kemahiran mencatat nota. Ramai pelajar tidak tahu cara membaca yang betul dan juga bagaimana mengetahui isi penting untuk mencatat nota.

Program ini dapat memberi pendedahan tentang kemahiran belajar terutamanya yang akan diadakan dari semasa ke semasa seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran menghadapi peperiksaan dan lain-lain lagi.

Program Maju Diri Tingkatan 3 telah berlangsung pada 13 Januari dan Tingkatan 2 pula telah diadakan pada  21 Januari. Pada 27 Februari pula, Program Maju Diri Tingkatan 5 telah dijalankan di Surau Asrama SMK Kijal di mana En. Mohd. Hafizan b. Hussain (Pembantu Promosi TesDEC) dari kolej TesDEC telah dijemput untuk memberi ceramah serta tips kerjaya kepada semua pelajar Tingkatan 5.

Semasa program berlangsung, ramai pelajar SMK Kijal tampil ke hadapan untuk bercakap melontarkan idea dan berkongsi pengalaman. SYABAS! Nampaknya semakin ramai pelajar sudah mempunyai keyakinan diri, keberanian dan kemahiran pengucapan umum, hasil aktiviti program ini yang sememangnya memajukan diri pelajar selangkah ke hadapan.

Saturday, January 11, 2014

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2014


TINGKATAN 1
TARIKH: 1 & 2 Januari (Rabu & Khamis)
MASA: 7.40pagi-2.00petang
TEMPAT: Surau Asrama SMK Kijal  
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi pendedahan kepada semua pelajar Tingkatan 1 tentang bidang-bidang  
    pembelajaran mereka yang melibatkan kurikulum dan ko-kurikulum.

2. Memberi pendedahan dan menyesuaikan pelajar dengan pembelajaran sekolah menengah.

3. Mengetahui dan mematuhi tatacara disiplin sekolah yang telah ditetapkan.

4. Melatih murid-murid agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran.

5. Meningkatkan motivasi diri sebagai pelajar. 

TINGKATAN 4
TARIKH: 5 & 6 Januari (Ahad & Isnin)
MASA: 8.00pagi-2.00petang
TEMPAT: Surau Asrama SMK Kijal 
OBJEKTIF PROGRAM: 
1. Memberi pendedahan tentang subjek menengah atas.

2. Memperkenalkan kepada pelajar tentang pensijilan terbuka. 

3. Memberi pendedahan kerjaya kepada pelajar mengikut minat dan kebolehan mereka. 

PENDAFTARAN ASRAMA TAHUN 2014

TARIKH: 1 Januari
MASA: 2.00petang
TEMPAT: Asrama SMK Kijal

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2,3,4 DAN 5 TAHUN 2014

TARIKH: 30 Disember 2013
MASA: 8.30pagi-11.30pagi
TEMPAT: Kelas-kelas pelajar
AKTIVITI: Pendaftaran, Pembahagian Buku Teks (Pelajar Tingkatan 5)

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2014

TARIKH: 29 Disember 2013 (Ahad)
MASA: 8.30pagi
TEMPAT: Kantin SMK Kijal