Sunday, June 9, 2013

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013 DISAMBUT MERIAH


TARIKH            :16 MEI 2013 (KHAMIS)
MASA                : 7.40 PAGI
TEMPAT           : DATARAN AL-FARUQI

Sambutan Hari Guru  telah berlangsung dengan meriah hasil kerjasama Kelab Guru dan Staf serta Badan Pengawas Sekolah. Majlis ini telah bermula pada 7.40 pagi dengan perarakan guru-guru serta  YDP dan wakil PIBG ke Astaka Dataran Al-Faruqi. Sepanjang majlis berlangsung, Pengetua SMK. Kijal En. Md. Nazeri bin Hassan telah menyampaikan ucapan dan pembacaan perutusan Hari Guru telah disampaikan oleh En. Ahmad Zamri bin Abdul Wahab. Manakala Ketua Pengawas telah menyampaikan ucapan Hari Guru bagi wakil pelajar SMK. Kijal. Persembahan guru telah diwakili oleh Ketua Bidang Bahasa, En. Mohd Nordin bin Mohd Abd Majid yang telah menyampaikan sajak.  Acara kemuncak sepanjang majlis adalah penyerahan Kad Ucapan Gergasi oleh wakil pelajar dan acara memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Persatuan Ibubapa Guru SMK. Kijal. Pada jam 9.30 pagi, acara sesi bergambar diadakan bagi seluruh warga pendidik SMK. Kijal sebagai tanda kenang-kenangan.

Selepas waktu rehat, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh Badan Pengawas iaitu anugerah guru pelbagai kategori, pertandingan sukaneka berkumpulan dan persembahan pelajar. Terdapat 4 acara yang telah dipertandingkan yang menuntut kerjasama berpasukan. Persembahan pelajar pula dipersembahkan secara kreatif dan unik seperti acara pakaian beragam, silat Cekak Hanafi, tarian dan syarahan. 

Tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah 1 Aspirasi 1 Agenda. Tema ini menepati bahawa semua pendidik bertanggungjawab melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. Maka, semua warga pendidik perlu berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 iaitu pendidikan berkualiti bertaraf dunia. 

  Semoga sambutan Hari Guru ini akan menjadi pemangkin kepada pendidik untuk lebih berwawasan dalam mendidik para pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


Barisan guru-guru SMK Kijal untuk tahun 2013








Perarakan guru-guru bersama YDP PIBG dan Pengetua diiringi paluan kompang.

Ikrar guru-guru SMK Kijal.
Pemberian kad ucapan daripada wakil pelajar.
Acara memotong kek bersama PIBG.
Persembahan tarian oleh para pelajar.
Pasukan kompang SMK Kijal.
Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi turut serta menjayakan persembahan sempena Hari Guru 2013.
Peserta Sukaneka terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sekolah yang 'sporting'. 
Acara pakaian beragam yang membabitkan pelajar setiap tingkatan.
Acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka (guru dan pelajar)
 dan pertandingan memasak.


  

Berita: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH 
Gambar:  EN. SHAHIZAN RIZAL BIN MOHAMAD ZAID