Friday, June 21, 2013

PKPI: LAPORAN AKTIVITI JANUARI--MEI 2013

JANUARI 2013

TARIKH       : 23 JANUARI 2013 (RABU)
TEMPAT      : SMK KIJAL
AKTIVITI      : MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
DESKRIPSI :
PELAJAR PPKI TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM AKTIVITI MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH. MASING-MASING MENYUMBANG MATA UNTUK PASUKAN RUMAH SATRIA.



TARIKH                    : 29 JANUARI 2013 (SELASA)
TEMPAT                  : SMK KIJAL
AKTIVITI                  : MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
DESKRIPSI            : 
PELAJAR PPKI TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM AKTIVITI MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH. PPKI MENDAPAT HAMPER SEBAGAI CENDERAHATI ATAS PENGLIBATAN MEREKA.



 

 



TARIKH                 : 19 FEBRUARI 2013 (SELASA)
TEMPAT                : KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN
AKTIVITI                : KURSUS ANEKA KEK CAWAN DENGAN KERJASAMA 
                                   KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN
DESKRIPSI          :
PELAJAR PPKI MENGIKUTI KURSUS ANEKA KEK CAWAN YANG DIAJAR OLEH CHEF TERKENAL IAITU PUAN HANIELIZA KAMARUDDIN. KURSUS INI SANGAT MENYERONOKKAN BUKAN SAHAJA UNTUK PELAJAR TETAPI JUGA UNTUK GURU. KURSUS YANG JULUNG KALI DIADAKAN INI MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARI PIHAK KOLEJ KOMUNITI DENGAN PEMBERIAN SIJIL KEPADA PELAJAR PPKI SERTA PIHAK SEKOLAH.
Klik link ini untuk berita selanjutnya.

Sunday, June 9, 2013

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013 DISAMBUT MERIAH


TARIKH            :16 MEI 2013 (KHAMIS)
MASA                : 7.40 PAGI
TEMPAT           : DATARAN AL-FARUQI

Sambutan Hari Guru  telah berlangsung dengan meriah hasil kerjasama Kelab Guru dan Staf serta Badan Pengawas Sekolah. Majlis ini telah bermula pada 7.40 pagi dengan perarakan guru-guru serta  YDP dan wakil PIBG ke Astaka Dataran Al-Faruqi. Sepanjang majlis berlangsung, Pengetua SMK. Kijal En. Md. Nazeri bin Hassan telah menyampaikan ucapan dan pembacaan perutusan Hari Guru telah disampaikan oleh En. Ahmad Zamri bin Abdul Wahab. Manakala Ketua Pengawas telah menyampaikan ucapan Hari Guru bagi wakil pelajar SMK. Kijal. Persembahan guru telah diwakili oleh Ketua Bidang Bahasa, En. Mohd Nordin bin Mohd Abd Majid yang telah menyampaikan sajak.  Acara kemuncak sepanjang majlis adalah penyerahan Kad Ucapan Gergasi oleh wakil pelajar dan acara memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Persatuan Ibubapa Guru SMK. Kijal. Pada jam 9.30 pagi, acara sesi bergambar diadakan bagi seluruh warga pendidik SMK. Kijal sebagai tanda kenang-kenangan.

Selepas waktu rehat, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh Badan Pengawas iaitu anugerah guru pelbagai kategori, pertandingan sukaneka berkumpulan dan persembahan pelajar. Terdapat 4 acara yang telah dipertandingkan yang menuntut kerjasama berpasukan. Persembahan pelajar pula dipersembahkan secara kreatif dan unik seperti acara pakaian beragam, silat Cekak Hanafi, tarian dan syarahan. 

Tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah 1 Aspirasi 1 Agenda. Tema ini menepati bahawa semua pendidik bertanggungjawab melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. Maka, semua warga pendidik perlu berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 iaitu pendidikan berkualiti bertaraf dunia. 

  Semoga sambutan Hari Guru ini akan menjadi pemangkin kepada pendidik untuk lebih berwawasan dalam mendidik para pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


Barisan guru-guru SMK Kijal untuk tahun 2013








Perarakan guru-guru bersama YDP PIBG dan Pengetua diiringi paluan kompang.

Ikrar guru-guru SMK Kijal.
Pemberian kad ucapan daripada wakil pelajar.
Acara memotong kek bersama PIBG.
Persembahan tarian oleh para pelajar.
Pasukan kompang SMK Kijal.
Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi turut serta menjayakan persembahan sempena Hari Guru 2013.
Peserta Sukaneka terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sekolah yang 'sporting'. 
Acara pakaian beragam yang membabitkan pelajar setiap tingkatan.
Acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka (guru dan pelajar)
 dan pertandingan memasak.


  

Berita: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH 
Gambar:  EN. SHAHIZAN RIZAL BIN MOHAMAD ZAID