Tuesday, October 8, 2013

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2013

TARIKH: 16 JUN-20 JUN 2013 (Ahad)
TEMPAT: Dataran Al-Faruqi
TEMA: Bersatu untuk Persekitaran Sejagat

OBJEKTIF:
Sambutan Hari Koperas (HKS) peringkat sekolah diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

AKTIVITI:
1. Pertandingan Melukis Poster
2. Pertandingan Meneka Kacang Dalam Balang
3. Pertandingan Masakan
4. Pertandingan Gubahan
5. Pertandingan Roket Air
6. Permainan Dalaman
7. Gerai Jualan


Dari kiri: PK 1, Pengetua, PK HEM dan PK Koko bersama-sama menjayakan dua majlis serentak.
Pertandingan Roket Air Buatan Sendiri mencungkil sifat inovatif dan rekacipta para pelajar SMK Kijal.

Pertandingan Teka Kacang Dalam Balang
Gerai jualan bunga dan makanan,
Guru dan murid berganding bahu menjayakan gerai jualan.
Pertandingan memasak terbuka kepada semua pelajar SMK Kijal.
Wah!, Pelajar lelaki pun tak kurang hebatnya, siap buat gubahan tembikai lagi.
Pertandingan Melukis Poster beri peluang pelajar tunjuk bakat dan kreativiti.
Rajin betul pelajar SMK Kijal bersihkan taman herba yang cantik ini ya.
Guru pun rajin dan terlibat sama menjaga keceriaan sekolah. Rasa-rasanya cikgu mana ni ya?
Pertandingan Dam
Pertandingan Carom  
Pertandingan Catur  (Tingkatan 3 vs Tingkatan 2)

Saturday, July 27, 2013

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMK KIJAL 2013

TARIKH: 18-20 APRIL (Khamis-Sabtu)
TEMPAT: Hutan Lipur Chemerong, Dungun, Terengganu
ANJURAN: Unit Kokurikulum, SMK Kijal

AKTIVITI:
  • Jalan Lasak, Water Confident, Rope Climbing, Pertandingan Merentas Halangan/Membuat jerat@ perangkap. (Aktiviti Kebombaan)
  • Pertandingan: Ikatan Gajet, Khemah Terbaik, Persembahan Kumpulan/Unit
  • Ceramah Agama
  • Senaman Pagi Malaysia Cergas 
OBJEKTIF:

1. Menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah pada setiap masa.

2. Menyedarkan para pelajar bahawa kokurikulum tidak boleh diabaikan kerana ianya juga menyumbang kepada kerjaya mereka di masa hadapan.

3. Memupuk semangat kekitaan di kalangan pelajar supaya sayangkan sekolah.

4. Menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum.

5. Meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan sikap dan nilai positif.

6. Mendedahkan pelajar kepada pengurusan sesuatu badan yang dipimpin oleh mereka.

7. Mewujudkan hubungan dua hala antara pihak sekolah dan masyarakat.

8.Untuk menseimbangkan antara emosi, jasmani, intelek, dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

AGENSI LUAR/ PIHAK YANG TERLIBAT:
  • Semua Unit Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal
  • Semua guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal
  • Balai Bomba Kerteh, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Bandar Bukit Besi, Balai Polis Bukit Besi, Klinik Kesihatan Bukit Besi, AJK Masjid Bukit Anak Dara.
Suasana awal pagi di kaki Gunung Berembun, Chemerong.
Aktiviti lasak "Water Confident" dan Solat Jemaah Subuh antara aktiviti
yang memantapkan fizikal, jasmani dan rohani pelajar SMK Kijal sewaktu perkhemahan di Hutan Lipur Chemerong.
Ekspedisi SMK Kijal menuju ke Lata Chemerong, Gunung Berembun untuk menyaksikan
Air Terjun Tertinggi Asia Tenggara iaitu Air Terjun Chemerong, Dungun, Terengganu.

Thursday, July 11, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22 SESI 2013/2014

TARIKH : 15 MAC 2013 (JUMAAT)
TEMPAT : SMK KIJAL
MASA : 2.30 PETANG

DIRASMIKAN:  YB DATO' HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu

OBJEKTIF :
i) mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan guru-guru
ii) memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru berbincang dan mencari penyelesaian sesuatu masalah berkaitan sekolah dan taraf pendidikan pelajar di sekolah

AGENDA: 
 i)Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada AJK PIBG SMK Kijal Sesi 2012/2013

ii) Penyampaian Anugerah Pencapaian Cemerlang PMR 2012

iii) Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22

iv) Cabutan Bertuah

YB Dato' Hj. Ahmad Razif b. Abd. Rahman berucap sebelum penyampaian sijil penghargaan bermula.
Unit Jamuan VVIP;sibuk menyediakan persiapan jamuan di dapur kantin.
Barisan para pelajar SMK Kijal yang rajin membantu guru-guru untuk sesi pendaftaran.
Dah siap! Makanan untuk ibu bapa sudah siap untuk dibahagi-bahagikan.
Guru-guru bahagian makanan yang komited menyusun, menjaga dan mengagihkan makanan kepada ibu bapa dan para jemputan.
Walaupun majlis tamat pada jam 6 petang, warga SMK Kijal masih ceria menjalankan tugas dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan, ibu bapa, guru-guru yang menjayakan Majlis PIBG 2013 kali ini. Terima kasih semua! :)

Friday, June 21, 2013

PKPI: LAPORAN AKTIVITI JANUARI--MEI 2013

JANUARI 2013

TARIKH       : 23 JANUARI 2013 (RABU)
TEMPAT      : SMK KIJAL
AKTIVITI      : MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
DESKRIPSI :
PELAJAR PPKI TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM AKTIVITI MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH. MASING-MASING MENYUMBANG MATA UNTUK PASUKAN RUMAH SATRIA.



TARIKH                    : 29 JANUARI 2013 (SELASA)
TEMPAT                  : SMK KIJAL
AKTIVITI                  : MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
DESKRIPSI            : 
PELAJAR PPKI TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM AKTIVITI MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH. PPKI MENDAPAT HAMPER SEBAGAI CENDERAHATI ATAS PENGLIBATAN MEREKA.



 

 



TARIKH                 : 19 FEBRUARI 2013 (SELASA)
TEMPAT                : KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN
AKTIVITI                : KURSUS ANEKA KEK CAWAN DENGAN KERJASAMA 
                                   KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN
DESKRIPSI          :
PELAJAR PPKI MENGIKUTI KURSUS ANEKA KEK CAWAN YANG DIAJAR OLEH CHEF TERKENAL IAITU PUAN HANIELIZA KAMARUDDIN. KURSUS INI SANGAT MENYERONOKKAN BUKAN SAHAJA UNTUK PELAJAR TETAPI JUGA UNTUK GURU. KURSUS YANG JULUNG KALI DIADAKAN INI MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARI PIHAK KOLEJ KOMUNITI DENGAN PEMBERIAN SIJIL KEPADA PELAJAR PPKI SERTA PIHAK SEKOLAH.
Klik link ini untuk berita selanjutnya.

Sunday, June 9, 2013

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013 DISAMBUT MERIAH


TARIKH            :16 MEI 2013 (KHAMIS)
MASA                : 7.40 PAGI
TEMPAT           : DATARAN AL-FARUQI

Sambutan Hari Guru  telah berlangsung dengan meriah hasil kerjasama Kelab Guru dan Staf serta Badan Pengawas Sekolah. Majlis ini telah bermula pada 7.40 pagi dengan perarakan guru-guru serta  YDP dan wakil PIBG ke Astaka Dataran Al-Faruqi. Sepanjang majlis berlangsung, Pengetua SMK. Kijal En. Md. Nazeri bin Hassan telah menyampaikan ucapan dan pembacaan perutusan Hari Guru telah disampaikan oleh En. Ahmad Zamri bin Abdul Wahab. Manakala Ketua Pengawas telah menyampaikan ucapan Hari Guru bagi wakil pelajar SMK. Kijal. Persembahan guru telah diwakili oleh Ketua Bidang Bahasa, En. Mohd Nordin bin Mohd Abd Majid yang telah menyampaikan sajak.  Acara kemuncak sepanjang majlis adalah penyerahan Kad Ucapan Gergasi oleh wakil pelajar dan acara memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Persatuan Ibubapa Guru SMK. Kijal. Pada jam 9.30 pagi, acara sesi bergambar diadakan bagi seluruh warga pendidik SMK. Kijal sebagai tanda kenang-kenangan.

Selepas waktu rehat, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh Badan Pengawas iaitu anugerah guru pelbagai kategori, pertandingan sukaneka berkumpulan dan persembahan pelajar. Terdapat 4 acara yang telah dipertandingkan yang menuntut kerjasama berpasukan. Persembahan pelajar pula dipersembahkan secara kreatif dan unik seperti acara pakaian beragam, silat Cekak Hanafi, tarian dan syarahan. 

Tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah 1 Aspirasi 1 Agenda. Tema ini menepati bahawa semua pendidik bertanggungjawab melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. Maka, semua warga pendidik perlu berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 iaitu pendidikan berkualiti bertaraf dunia. 

  Semoga sambutan Hari Guru ini akan menjadi pemangkin kepada pendidik untuk lebih berwawasan dalam mendidik para pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


Barisan guru-guru SMK Kijal untuk tahun 2013








Perarakan guru-guru bersama YDP PIBG dan Pengetua diiringi paluan kompang.

Ikrar guru-guru SMK Kijal.
Pemberian kad ucapan daripada wakil pelajar.
Acara memotong kek bersama PIBG.
Persembahan tarian oleh para pelajar.
Pasukan kompang SMK Kijal.
Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi turut serta menjayakan persembahan sempena Hari Guru 2013.
Peserta Sukaneka terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sekolah yang 'sporting'. 
Acara pakaian beragam yang membabitkan pelajar setiap tingkatan.
Acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka (guru dan pelajar)
 dan pertandingan memasak.


  

Berita: PN. NURUL SHARIZA BT MOHD SHAH 
Gambar:  EN. SHAHIZAN RIZAL BIN MOHAMAD ZAID

Tuesday, May 21, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS, KOPERASI DAN PRS SMK KIJAL

TARIKH: 4 Februari 2013

MASA: 7. 45 pagi

TEMPAT: Dataran Al Faruqi

PERASMI: YBHG. SUPT. Che Suza Bin Che Hitam
      Ketua Polis Daerah Kemaman


Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman untuk empat badan wakil pelajar iaitu pengawas sekolah SMK Kijal, pengawas Pusat Sumber, pengawas Koperasi dan pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Majlis ini diadakan di Dataran Al-Faruqi SMK Kijal , bersama En. Md Nazeri bin Hassan, Pengetua SMK Kijal, En. Azhar Bin Daud , Guru Penolong Kanan HEM, En. Badrusam Bin Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum , guru-guru serta pelajar-pelajar SMK Kijal.

Tuan pengetua, En. Md Nazeri Bin Hassan memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan, diikuti dengan Yang Berbahagia Supt. Che Suza Bin Che Hitam. Memandangkan cuaca yang tidak begitu baik kerana hujan, lokasi majlis terpaksa bertukar ke kantin sekolah. Walaupun agak kelam kabut kerana bertukar tempat di saat-saat akhir, majlis dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.

Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan Penyampaian Watikah Pelantikan dan Bacaan Ikrar Pengawas yang diketuai oleh saudara Shafiq bin Johar selaku Ketua Pengawas Sekolah tahun 2013 diikuti bersama Ketua Pengawas PSS, Ketua Pengawas Koperasi dan Ketua Pembimbing Rakan Sebaya. Teks Ikrar Badan-badan pengawas telah diberikan oleh Saudara Shafiq bin Johar kepada Tuan Pengetua sebagai satu simbolik “Akur Janji” telah termeterai.

Sebagai tanda terima kasih majlis sangat berbesar hati menjemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan hadiah cenderamata kepada tetamu khas seterusnya menjemput semua tetamu ke kantin untuk sedikit jamuan ringan.

Di kesempatan ini, pihak ahli jawatankuasa majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengawas serta guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis ini berjalan lancar. Semoga kerja baik kita sentiasa diberkati hendaknya.

            
Ybhg. Supt. Che Suza bin Che Hitam, Ketua Polis Daerah Kemaman memberikan

watikah. 

  


Sijil-sijil Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi Sekolah
dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Kijal 2013

Bacaan ikrar oleh Shafiq bin Johar, ketua pengawas SMK Kijal. 
Pengawas-pengawas sekolah SMK Kijal 2013
Pengawas-pengawas Pusat Sumber SMK Kijal 2013
Pengawas-pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2013