Tuesday, April 17, 2012

PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DAERAH KEMAMAN 2012

TARIKH: 28-31 Mac 2012
TEMPAT: Pantai Telok Kalong, Kijal, Kemaman



Seramai 32 orang kadet polis SMK Kijal telah menyertai perkhemahan Kor Kadet Polis dan sambutan Hari Kor Kadet Polis peringkat daerah Kemaman di Telok Kalong, Kijal. Perkhemahan selama 3 hari ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kemahiran kepolisan seperti pertandingan menembak dan pertandingan larian lasak. SMK Kijal telah muncul JOHAN bagi acara larian lasak menerusi pesertanya iaitu Nur Isma Afini binti Juma'at.

Majlis perasmian dan penutup sambutan Hari Kor Kadet Polis peringkat daerah Kemaman ini telah disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Daerah Kemaman pada 31 Mac (Sabtu). Majlis telah dihadiri oleh wakil pegawai Pelajaran Daerah Kemaman, jurulatih-jurulatih kadet polis dan guru-guru penasihat kadet polis mewakili sekolah-sekolah yang terlibat.
Klik untuk muaturun gambar.


Guru-guru Penasihat: Pn. Ida Zahariah bt. Mahmood, Pn. Muhaini bt. Salleh, Pn. Nurul Shamsima bt. Mohd. Yusof