Bilik Siber Bestari SMK Kijal akan mula beroperasi pada 5 April 2010. Bilik Siber ini ditubuhkan hasil inisiatif pihak sekolah sendiri yang prihatin tentang kebajikan para pelajar dalam mendapatkan pembelajaran yang terbaik.
Bilik ini mempunyai 5 buah komputer yang disumbangkan oleh makmal sekolah dan 2 buah komputer lagi dihadiahkan oleh Maxis Communications Sdn. Berhad sempena kejayaan Maxis Cyberkids SMK Kijal dalam pertandingan e-Challenge Peringkat Kebangsaan 2008. Manakala kemudahan internet di Bilik Siber pula telah ditaja oleh beberapa individu daripada Unit ICT sekolah sendiri.
Selain akses internet, para pelajar tingkatan 3 juga boleh mengikuti kelas maya secara percuma yang ditaja khas oleh pihak Maxis Communications Sdn. Bhd. Para pelajar yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar dengan Puan Ida Zahariah bt. Mahmood sehingga akhir bulan April ini.
Kemudahan internet di Bilik Siber ini adalah untuk semua warga SMK Kijal bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran sahaja.