Sunday, February 14, 2010

JANUARI 2010: AKTIVITI PANITIA SAINS


Program OPSME

Program OPSME telah pun berjaya dilaksanakan sepanjang dua minggu bermula pada 3 Januari 2010 sehingga 14 Januari 2010. Sepanjang modul ini dilaksanakan, pelajar-pelajar Tingkatan 1 perlu menghabiskan sepuluh subtopik dan juga menyiapkan latihan-latihan yang telah disediakan.


Vocab Feeder

Guru penyelaras Vocab Feeder telah mula menulis perkataan-perkataan yang berkaitan dengan Sains dan Matematik di papan kenyataan Vocab Feeder bersebelahan dengan Makmal B. Kuiz Vocab Feeder akan mula dijalankan pada akhir Januari 2010 bermula dengan Guru Ketua Bidang dan Ketua Panitia dan akan diikuti oleh guru-guru Sains dan Matematik yang lain.