Showing posts with label APMT. Show all posts
Showing posts with label APMT. Show all posts

Friday, October 12, 2012

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH SMK KIJAL 2012

TARIKH : 22 September 2012 (Sabtu)
MASA     : 9.00 pagi
TEMPAT: Dewan Sivik Kijal

Pada 22 September yang lalu, SMK Kijal telah mengadakan satu majlis rasmi iaitu Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah di mana ianya bertujuan meraikan pelajar-pelajar cemerlang sepanjang tahun 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) iaitu Tuan Haji Roshali bin Taha. Anugerah Kecemerlangan diberi mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut: 

Anugerah Pencapaian Pelajar Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
( PPKIBP )
Anugerah Kecemerlangan Pelajar Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 
Tingkatan 2, 3, 4 dan 5
Anugerah Program NILAM Tahun 2012
Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid (HEM) Tahun 2012 
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2012
Penghargaan Peningkatan Mata Pelajaran PMR dan SPM Tahun 2011 
(Panitia Mata Pelajaran)
Anugerah Kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011
Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2011
Anugerah Khas Pencapaian Akademik PMR Tahun 2011 

Para pelajar sedang mendaftar seawal jam 8.00 pagi di Dewan Sivik Kijal.

Nurul Desti binti Saiful dan Norfatihah binti Awang daripada
kelas 5 Abdul Qayyum antara penerima anugerah cemerlang
dalam peperiksaan pertengahan tahun 2012.

Ibu-bapa para pelajar penerima anugerah duduk di barisan hadapan.

Kumpulan nasyid SMK Kijal iaitu Soutul Iman sedang 
membuat persembahan pembukaan majlis.

Shafiq bin Johar merupakan pelajar straight A's PMR 2011.
    Beliau menerima Anugerah Khas Pencapaian Akademik (PMR 2011).

Muhammad Zulhakim bin Md. Shah juga pelajar straight A's SMK Kijal 
yang menerima Anugerah Khas Pencapaian Akademik (PMR 2011).

Pengarah APMT, Tuan Haji Roshali bin Taha menyampaikan
 hadiah berupa sebuah basikal kepada penerima Anugerah Nilam 2012 
(Pembaca Buku Terbanyak/Gangsa) iaitu Fazri Alimin bin Omar 
daripada kelas 4 Abdus Salam.

Puan Muhaini binti Salleh mewakili Panitia Matematik menerima
 penghargaan Panitia Cemerlang PMR 2011.


   

Tuesday, June 19, 2012

MAJLIS PENYERAHAN BAS SMK KIJAL SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

TARIKH: 10 JUN 2012 (AHAD)
MASA:    8.30 pagi
TEMPAT: DATARAN AL-FARUQI SMK KIJAL

Majlis Penyerahan Bas SMK Kijal ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu
YAB DATO’SERI HAJI AHMAD BIN SAID S.S.M.Z, D.P.M.T, A.S.M, P.J.K, MENTERI BESAR TERENGGANU.

Pihak sekolah dan PIBG SMK Kijal merasa sungguh berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Seri dan juga Kerajaan Negeri Terengganu yang telah menyumbangkan bas sekolah bagi kemudahan para pelajar SMK Kijal dan masyarakat setempat. Terima kasih.



Pelancaran bas sekolah, Uploaded from the Photobucket Android App

Pelancaran bas sekolah, Uploaded from the Photobucket Android App