Sunday, February 23, 2014

SMK KIJAL NAIB JOHAN KEJOHANAN BOLA JARING MSST PERINGKAT DAERAH KEMAMAN 2014


Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SMK Kijal sempena kejayaan mencipta nama di Kejohanan Bola Jaring peringkat  Zon dan Daerah Kemaman baru-baru ini:

PENCAPAIAN:

1) Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon
P15: Johan
P18: Johan 

2) Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah (Februari 11-13)
P15: Naib Johan
P18: Ketiga

3) 5 orang pemain SMK Kijal terpilih ke Kejohanan Peringkat Negeri yang akan berlangsung di Kuala Terengganu utara pada Februari 27 sehingga Mac 1, 2014.

P15:
Jurulatih: Pn. Nurul Farihah binti Jusoh
Pengurus: Pn. Norama binti Mohamad

P18:
Jurulatih: Pn. Nor Aniza binti Che Soh
Pengurus: Pn. Norliah binti Zakaria. 

~Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya barisan penyokong sekolah dan Pengetua SMK Kijal, En. Md. Nazeri b. Hassan yang turut sama turun padang bagi memberi sokongan kepada pasukan bola jaring sekolah semasa pertandingan berlangsung.~

Saturday, February 22, 2014

BENGKEL PENULIS MUDA PROGRAM NILAM SMK KIJAL

TARIKH: 5 Februari (Rabu)
MASA: 2.00 petang
TEMPAT: Bilik APD SMK Kijal
PENCERAMAH: En. Ahmad Muziru Idham b. Adnan

Pada 5 Februari yang lalu telah diadakan satu bengkel penulisan kreatif di SMK Kijal. Bengkel yang dinamakan "Bengkel Penulis Muda" ini adalah anjuran unit Program NILAM sekolah yang bertujuan untuk mengasah bakat seni penulisan kreatif di kalangan pelajar.

Bertempat di Bilik Tayangan, seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pemegang-pemegang pingat NILAM, pengawas perpustakaan sekolah serta beberapa orang pelajar yang berminat dengan seni penulisan telah berkumpul dan mendengar perkongsian ilmu daripada seorang penulis muda yang berbakat besar. Beliau ialah saudara Ahmad Muziru Idham bin Adnan, pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2010/2011 bagi sajaknya yang bertajuk "Suluk Rohaniah II". Beliau merupakan seorang penulis muda yang sedang mencipta nama di peringkat nasional.

Aktiviti yang berlangsung selama dua jam itu sarat dengan perkongsian ilmu dan pengalaman. Para peserta mendengar dengan penuh minat serta bertanya banyak soalan kepada penceramah. Bengkel tersebut yang bermula pada pukul 2.30 petang berakhir pada pukul 4.30 petang. Hasil maklum balas daripada peserta menunjukkan kesediaan untuk turut menghadiri sebarang bengkel susulan sekiranya diadakan pada masa akan datang.


CERAMAH MOTIVASI PELAJAR ASRAMA 2014

TARIKH: 5 Februari (Rabu)
MASA: 9.00-10.30 malam
TEMPAT: Asrama SMK Kijal
PENCERAMAH:
Pensyarah daripada Management and Science University (MSU):

1. En. Adli Zaihardi b. Mohd. Said
2. En. Khairul Azmi b. Abdullah 

Tuesday, February 4, 2014

LADAP FROG VLE 1: CHROMEBOOK & TEKNOLOGI AWAN (Cloud Technology)

TARIKH: 25 Januari (Sabtu)
MASA: 8.30 pagi-2.00 petang
TEMPAT: Makmal Komputer A & Bilik Mesyuarat SMK Kijal
JURULATIH: 
1. En. Zamri b. Mustaffa (Chromebook)
2. Pn. Ida Zahariah bt. Mahmood (Cloud Technology) 

  Seramai 71 orang guru SMK Kijal telah berjaya menjalani LADAP Frog VLE sesi pertama pada 25 Februari lalu. Semua peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Kedua-dua kumpulan telah didedahkan dengan kaedah menyimpan data di 'awan' dan juga amali penggunaan Chromebook dalam PdP. 

Tujuan LADAP ini dijalankan ialah untuk membantu guru-guru membimbing para pelajar dalam pengendalian Chromebook, menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran guru serta menggandakan pencapaian sekolah menerusi 'virtual learning environment' atau dikenali sebagai VLE.

Secara keseluruhannya, para peserta menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam mendalami setiap maklumat serta pengetahuan yang dikongsi bersama jurulatih walaupun pada peringkat asas. LADAP Frog VLE siri ke-2 (Lanjutan) bakal dilaksanakan selari dengan peningkatan kemahiran guru dan keperluan pelajar dalam pendidikan.

Melompatlah jauh ke luar ke alam yang baru! :D

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK KIJAL 2014

TARIKH: 23 Januari (Khamis)
MASA: 8.00 pagi
TEMPAT: SMK Kijal

KEPUTUSAN: 
Johan Keseluruhan Rumah Sukan
Pertama: Perdana (Kuning)
Kedua:Satria (Merah)
Ketiga: Pesona (Hijau)
Keempat: Putra (Biru)

Kategori L18
Johan: Muhammad Riduan b. Zamri (Perdana)
Kedua: Muhammad Ikmal b. Ismail (Satria)
Ketiga: Mohd Nor Safuan (Putra) 

Kategori P18
Johan: Ismah Syahirah bt. Ismail (Perdana)
Kedua: Nuraima Atasya bt. A. Rani (Perdana)
Ketiga: Anis bt. Asaha (Satria) 

Kategori L15
Johan: Mohd Shukri Amri b. Saiful Asror (Satria)
Kedua: Ahmad Fahmi Amirul b. Mohd Rani (Pesona)
Ketiga: Mohd Haziq Izudin b. Marzuki (Putra)

Kategori P15
Johan: Nur Ashirah bt. Zulkifli (Perdana)
Kedua: Fairuz Nor Syafina bt. Mazuki (Perdana)
Ketiga: Nurul Izzati bt. Che Yub (Perdana) 


PEMENANG MERENTAS DESA
 photo DESANEW3_zps16599dd7.jpg 

SESI WARM-UP DAN PERSEDIAAN PENGURUS RUMAH SUKAN
 photo DESANEW1_zps7c6f28fb.png 

AKSI SEMASA LARIAN MERENTAS DESA (Kawasan Kijal) 
 photo DESANEW2_zpsbe169525.jpg