Tuesday, December 20, 2011

PEMBERITAHUAN: MUATURUN SBPA 2012

Semua guru diminta MEMBACA dan MEMAHAMI SBPA sebelum hadir ke mesyuarat guru pada 26 DISEMBER ini. Disini, telah disertakan link maklumat SBPA yang lengkap. Sila klik link ini dan muaturun/download dokumen SBPA tersebut. Sila hubungi blog adminstrator SMK Kijal jika tuan/puan mengalami kesulitan semasa muaturun. 

Klik link di bawah dan muaturun. Terima kasih.

PEMBERITAHUAN

MAKLUMAT PENTING UNTUK SEMUA GURU SMK KIJAL

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2012

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA UNTUK TAHUN 2012 akan diadakan seperti berikut:

TARIKH

26.12.2011 (ISNIN)

MASA

8.00 Pagi-1.00 Petang

TEMPAT

Bilik Mesyuarat SMK Kijal

Tetamu yang hadir ialah Hj. Sulaiman bin Mohamed

* Kehadiran diwajibkan.

* Berpakaian kemas.
i) Guru-guru perempuan: baju kurung @ kebaya
ii) Guru-guru lelaki: kemeja berlengan panjang dan tali leher

*AGENDA:
Panduan tugas guru, Taklimat SBPA dan hal-hal berkaitan.

Harap maklum.


Saturday, November 19, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012

TARIKH: 17 November 2011
TEMPAT: Dewan ITC Telok Kalong
MASA: 9.30 Pagi
DIRASMIKAN OLEH: Tuan Hj. Roshali Bin Taha 
(Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu,APMT) 

Pelajar-pelajar SMK Kijal yang terdiri daripada tingkatan 1,2,3,4 dan PKBP telah menerima bantuan RM100 setiap orang.


                                    

       
 

Tuesday, November 15, 2011

PEMBERITAHUAN

Maklumat Penting

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012

Agihan peruntukan khas persekolahan 2012 untuk Tingkatan Satu, Tingkatan Dua, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan KKBP SMK Kijal akan diadakan pada:

TARIKH

17 November 2011 (KHAMIS)

MASA

9.30 Pagi-1.30 Petang

TEMPAT

Dewan TATI (PUPUK SEMANGAT)

Semua ibubapa dan penjaga yang menerima surat jemputan diminta hadir bersama anak-anak bagi menjayakan majlis ini. Sila hubungi pihak sekolah di talian 09-8589235 untuk maklumat lanjut. Harap maklum.


KEM MEMBACA 1MALAYSIA SMK KIJAL

     
          Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT). Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid untuk pembelajaran sepanjang hayat. Majlis pelancaran peringkat kebangsaan iaitu KM1M (Kem Membaca 1 Malaysia) telah diadakan pada 2 November 2011 bertempat di SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur. SMK Kijal juga tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama menyemarakkan lagi KM1M untuk menanam tabiat membaca di kalangan warga sekolah mulai 30 Oktober hingga 3 November dengan tema "Pembacaan Pemangkin 1Malaysia".

          Majlis pelancaran peringkat sekolah telah diadakan pada 31 Oktober 2011, jam 7.45 pagi dan telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Zamri bin Abdul Wahab, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis penyampaian hadiah pula telah diadakan pada 8 November 2011, jam 7.30 pagi.

          Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Membaca Santai di perpustakaan, Membaca Sajak, 10 Minit Buku, pertandingan "Public Speaking", pertandingan menulis karangan "Faedah Membaca", dan SYABAS. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

"Membaca Amalan Mulia"
Disediakan oleh: Puan Aishah binti Abdullah 
(Guru Perpustakaan Media Sekolah)

Sunday, November 13, 2011

SMK KIJAL NAIB JOHAN SIMPOSIUM SUNGAI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011


Simposium Pemerhatian Sungai Peringkat Negeri Terengganu 2011 di bawah projek 1dun 1sungai. Anjuran kerajaan negeri Terengganu, Jabatan Alam Sekitar, JPNT, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kimia dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Tarikh : 23-25 Oktober 2011
Tempat : Universiti Malaysia Terengganu
Perasmi :Y. Bhg. Dato' Wan Zahari Bin Wan Ngah   (Pengarah Jabatan Bekalan Air)
Objektif Simposium Pemerhatian Sungai :
1.Merumuskan pencapaian dan hasil maklumat yang diperolehi dari Aktiviti Pemerhatian Sungai.

2.Merumuskan kaedah dan cara yang sesuai bagi menggalakkan dan mengurangkan pencemaran sungai terutama penyaduran idea baru di kalangan pelajar.

3.Menengahkan idea dan bakat pelajar untuk dibincangkan dan dibahaskan bersama pakar dan pihak berkaitan.

Pencapaian:
2009 - SMK Kijal memenangi persembahan terbaik dan mendapat RM 1,000
(17 buah sekolah bertanding)

2011- (32 sekolah bertanding)
Pertama (SMK Chendering) RM 2, 000
(juara bertahan 2010)

Kedua (SMK Kijal) RM 1, 500 
(2010- SM Sains Dungun)

Ketiga (SMK Paka) RM1, 000
(juga tempat ke 3- 2010)

Disediakan oleh: En. Faizal b. Mamat
Dokumentasi Gambar: Pn. Aishah bt. Abdullah

Tuesday, November 8, 2011

MAJLIS PERPISAHAN MS. NOU CHANG

Biography of our THIRD ETA 2011 (ETA)
Ms. Nou Chang was born in Thailand but grew up in Rochester, Minnesota. She is a 2010 graduate of Augsburg College in Minneapolis with majors in Biology and English and a minor in Religion. She was involved with developing and implementing a community service project for homeless refugee children.


Date: November 3, 2011 (Thursday)
Time: 8.00 a.m
Venue: SMK Kijal
Program-program yang telah dijayakan oleh Ms. Nou Chang bersama warga SMK Kijal:
1. Extraordinary English Extravaganza
District Camp-Mercu Beach, Cherating Kuantan
(23-24 Jun 2011)

2. Seed Team Building Program-Agro Resort Semuji, Kuantan (22-23 Julai 2011)

3. Click! Social Venture Workshop-Medan Info Desa, Bandar Muktafi Billah Shah, Dungun (28 Julai, 2011)

4. Pen Pal Camp– Pantai Telok Kalong, Kemaman
(24 September 2011)

5. Nature Camp-Anguilla Beach Resort, Kuala
Terengganu (30 September-1 Oktober 2011)

6. Gambang Water Park-Bukit Gambang, Kuantan
(21 Oktober 2011)

7. Grammar&Writing Workshop for SPM
candidates-SMK Kijal Conference Room
(24&25 Oktober 2011)

8. ELS Beach BBQ-Pantai Telok Kalong, Kemaman
(25 Oktober 2011)

9. Super Hero Party-SMK Kijal (30 Oktober 2011)

10. Talentime Show-SMK Kijal (30 Oktober 2011)


Disediakan oleh: Pn. Ida Zahariah bt. Mahmood

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN SMK KIJAL & JASAMU DIKENANG 2011

Tarikh: 1 November 2011 (Selasa)
Masa  : 2.15 Petang
Tempat: Kelab Golf Rantau Petronas

Tuesday, November 1, 2011

Monday, October 31, 2011

MAJLIS PERSARAAN EN. ZALANI B. HJ. AWANG by idamyx@YouTube



Tarikh: 27 Oktober 2011 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: SMK Kijal
          Encik Zalani b. Hj. Awang yang juga mesra dikenali sebagai Pok Zalani telah dilahirkan pada 27 Oktober 1953 di Jalan Da' Omar, Kemaman. Beliau merupakan anak ketiga dari 4 orang adik beradik kepada keluarga Allahyarham Hj. Awang b. Mohd. Kiah dan Allahyarhamah Hjh. Besar bt. Musa. Encik Zalani b. Awang telah menerima pendidikan di SK Kijal dari darjah 1 hingga Darjah 6, Sultan Ismail Secondary School dari kelas 'remove' sehingga tingkatan 3 dan menyambung ke tingkatan 4 dan 5 di Methodist English School.
          Kesusahan hidupnya membuatkan Encik Zalani menerima apa sahaja pekerjaan. Beliau pernah bekerja di kilang papan Syarikat Jaya Kijal selama 6 bulan, tukang kebun di SMK Sultan Ismail sehinggalah beliau mengisi jawatan tetap sebagai Pembantu Makmal bermula 8 April 1978 sehinggalah tarikh persaraan beliau.
          Encik Zalani sememangnya berbakat dan aktif dalam permainan bolasepak dan pernah mewakili Belia Kijal dalam Liga Daerah Kemaman, mewakili Pejabat Pendidikan pada tahun 1978 sehinggalah tahun 2004. Beliau juga pernah menjadi pengadil bolasepak Daerah Kemaman, Negeri dan Kebangsaan. Selain menjadi jurulatih bolasepak Pasukan Belia Kijal, jurulatih di SMKSI dan jurulatih Daerah Kemaman dalam Majlis Sukan-sukan Terengganu, beliau juga mengikuti kursus Jurulatih (lesen C dan A).
          Ke mana tumpahnya lauk kalau tidak ke nasi, bakat bolasepak yang ada pada dirinya telah diturunkan kepada anak beliau iaitu pemain bolasepak terkenal T-Team, Zairo Anuar Zalani. Encik Zalani berpegang kepada prinsip bahawa untuk berjaya di mukabumi ini, kita perlu mempunyai azam dan tekad untuk berjaya.
          Encik Zalani b. Hj. Awang, selamat menempuh gerbang persaraan dan semoga diberi seribu kerahmatan. Terima kasih di atas segala sumbangan dan pengorbanan yang diberikan.

Disediakan oleh: Puan Aishah bt. Abdullah

ESL BEACH BBQ 2011





ESL Teachers & ETA, Ms. Nou Chang
Date: October 25, 2011 (Tuesday)
Time: 4-6.30 p.m
Venue: Telok Kalong Beach

Wednesday, October 26, 2011

SMK KIJAL PERINTIS m-ATTENDANCE


SMK KIJAL BILIK DARJAH MASA DEPAN

Tidak hadir sekolah, ibu bapa terima SMS
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM   amir.azam@kosmo.com.my
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

Melalui pendidikan awal, keperibadian anak-anak ini dapat dibentuk untuk memastikan mereka menjadi seorang insan yang dapat membanggakan kedua ibu bapa sekaligus menyumbang kepada negara.
Bagaimanapun, di sebalik tugasan harian yang dibebani ibu bapa, kadang kala menyukarkan pemantauan terhadap gerak geri anak-anak terutamanya apabila melangkah ke alam persekolahan sehingga mereka terdedah kepada gejala ponteng sekolah yang seterusnya menyumbang kepada masalah sosial.
Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu pembentukan keperibadian anak-anak, syarikat bumiputera Mobile Biz Network Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi kehadiran m-Attendance yang dapat memudahkan ibu bapa memantau dan berkomunikasi bersama guru mereka.
Pengarah Urusan Mobile Biz Network Sdn. Bhd., Latif Kachong, berkata, sistem aplikasi kehadiran m-Attendance dibangunkan atas dasar kesedaran tentang pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya sistem aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) serta e-mel dalam trasformasi pendidikan.
"Aplikasi yang mesra pengguna dan menggunakan platform komputer tablet Apple iPad ini dapat mengurus kehadiran pelajar dengan cepat, cekap dan sistematik.
"Ia juga tidak membebankan guru-guru malah memudahkan dan mengurangkan tugasan guru dalam mengurus kehadiran pelajar-pelajar mereka dengan lebih efisien," katanya ketika ditemui Kosmo!.


LATIF turut turun padang untuk memberi pendedahan mengenai aplikasi m-Attendance kepada guru-guru SMK Kijal, Kemaman, Terengganu.




Selain daripada itu, Latif memberitahu, penggunaan sistem aplikasi berkenaan juga dapat memupuk hubungan dua hala antara guru dan ibu bapa dengan lebih mudah serta berkesan.
Katanya, sistem aplikasi tersebut bertindak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu bapa memaklumkan status kehadiran anak mereka ke sekolah sebaik sahaja guru menanda kedatangan pelajar-pelajar.
"Dengan cara ini, ibu bapa akan mengetahui sama ada anak mereka berada di sekolah atau sebaliknya. Ia sekali gus dapat membantu ibu bapa dalam memantau anak dengan lebih cepat terutamanya apabila mereka bertindak ponteng sekolah dan sebagainya.
"Sistem ini juga dapat membantu memantau keselamatan anak-anak kerana terdapat ibu bapa yang terpaksa memulakan tugasan mereka pada awal pagi.
"Apabila menerima SMS daripada guru, ibu bapa ini boleh mengetahui sama ada anak mereka selamat sampai di sekolah dan memulakan pembelajaran," terangnya.
Konsep m-Attendance
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Produknya, Hazwan Abu Hassan, memberitahu, ibu bapa akan menerima SMS setiap hari sekitar 7.35 pagi bagi memaklumkan jika anak-anak mereka tidak hadir ke sekolah.
"Penggunaan aplikasi ini sangat mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Sebaik memasuki kelas, guru hanya perlu membuka aplikasi tersebut di iPad dan menandakan kehadiran pelajarnya, secara automatik senarai pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan dihantar menerusi SMS dan e-mel kepada ibu bapa.
"Bagi memudahkan lagi ibu bapa, mereka juga boleh membalas SMS berkenaan untuk memaklumkan sebab ketidakhadiran anak mereka jika pelajar sakit atau ada sebab lain. Malah, ia boleh dibaca pengetua melalui e-mel untuk tindakan selanjutnya. Melalui teknologi push e-mail, mesej tersebut juga boleh dibaca di telefon pintar," jelas Hazwan.
Tambahnya, rekod kehadiran pelajar dalam kelas berkenaan turut akan dikemas kini dan disalurkan ke pejabat sekolah untuk melancarkan lagi tugasan harian guru-guru dalam memberi pembelajaran kepada pelajar.
Lebih terperinci, aplikasi mesra pengguna itu turut dilengkapi maklumat pelajar seperti profil pelajar, rekod akademi, laporan disiplin, rekod ujian termasuklah berat dan tinggi pelajar.
Kelebihan aplikasi
"Dengan aplikasi ini, ibu bapa akan merasa selamat kerana mengetahui bahawa anak-anak mereka telah pergi ke sekolah dan bukannya berada di luar kawasan sekolah.
"Ia sekali gus dapat mengawal gejala ponteng sekolah malah dapat mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa.


GURU-GURU SMK Kijal asyik menggunakan iPad untuk membiasakan diri dengan aplikasi m-Attendance.




"Kelebihan lain yang dapat diperoleh melalui sistem aplikasi ini adalah ibu bapa dapat mengetahui markah dan keputusan ujian anak-anak mereka menerusi SMS dan e-mel yang dihantar selepas ujian," katanya.
Aplikasi m-Attendance yang mengambil masa kira-kira satu tahun untuk dibangunkan itu turut menyalurkan maklumat mengenai aktiviti dan program sekolah kepada ibu bapa atau penjaga dengan cepat, mudah dan kos efektif.
Ia juga dapat memberikan kemudahan kepada guru ketika hari menandatangani kad laporan pelajar kerana guru kelas tidak perlu lagi membawa buku rekod pelajaran dan ko-kurikulum.
Ini kerana semua butiran pelajar sudah terdapat di dalam iPad apabila membuka aplikasi tersebut.
"Dalam pada itu, aplikasi ini turut didatangkan dengan sistem HomeWorkAlert. Guru akan menghantar SMS kepada ibu bapa untuk memaklumkan tentang kerja sekolah yang telah diberikan kepada pelajar agar dapat dipantau dengan mudah.
"Selain sistem kehadiran m-Attendance, pihak sekolah juga dibekalkan dengan sistem SMS Aduan m-Center yang membolehkan ibu bapa dan orang ramai membuat sebarang aduan atau memberi cadangan dan pandangan kepada pihak sekolah dengan menghantar SMS," katanya.
Hazwan menambah, pihak sekolah juga mempunyai sistem SMS hebahan sendiri bagi memaklumkan aktiviti dan program sekolah seperti hari sukan, peringatan tarikh peperiksaan, makluman tunggakan yuran, mesyuarat dan sebagainya.
Itu adalah salah satu langkah pengintegrasian ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran selaras dengan tuntutan transformasi pendidikan dalam memartabatkan pendidikan negara.
Projek perintis
"Sebagai permulaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal, Kemaman, Terengganu telah menjadi perintis dalam penggunaan aplikasi ini.
"Kita telah membekalkan sebanyak 41 iPad untuk guru-guru kelas di sekolah berkenaan," katanya.
Selain daripada Apple, dia memberitahu, pihaknya juga mendapat sokongan kerajaan negeri Terengganu yang sememangnya memberi penekanan terhadap pendidikan.
"Selepas tiga bulan tempoh percubaan, jika mendapat maklum balas baik daripada guru dan ibu bapa, kami akan meneruskan usaha ke sekolah seterusnya iaitu SMK Kompleks Seberang Takir, Terengganu dengan menggunakan iPad2," katanya.