Sunday, July 29, 2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH MERIAH

TARIKH: 10 JULAI
MASA: 8.00 a.m
TEMPAT: Dataran Al-Faruqi dan Asrama SMK Kijal

Semua pelajar menyertai senamrobik ini dan pelajar-pelajar perempuan ditempatkan di asrama SMK Kijal manakala pelajar-pelajar lelaki melakukan senamrobik bersama-sama guru-guru lelaki di dataran Al-Faruqi.Guru-guru perempuan dan kakitangan sekolah bekerjasama menjayakan program senamrobik ini dalam suasana ceria dan santai. 

Barisan guru-guru lelaki bersama Penolong Kanan 1, En. Ahmad Zamri juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana dan membimbing pelajar-pelajar lelaki bersenamrobik di astaka berhampiran dataran Al-Faruqi.
Pengetua SMK Kijal bersenamrobik bersama para pelajar lelaki di dataran Al-Faruqi.

Klik link ini untuk muaturun gambar-gambar sekitar program senamrobik. Pastikan anda log in akaun Facebook anda terlebih dahulu.

Wednesday, July 18, 2012

Tuesday, July 17, 2012

MAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA 2012: BAHASA MENJULANG KASIH & LANGUAGE GLORIFIES LOVE

TARIKH: 9 JULAI 2012
MASA: 7.30 PAGI
TEMPAT: DATARAN AL-FARUQI
OBJEKTIF:

  • Mencungkil bakat pelajar dalam berbahasa untuk diketengahkan sehingga ke peringkat yang tertinggi dalam program-program yang dianjurkan oleh daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan.
  • Melahirkan pelajar yang berani bersuara dan menonjolkan bakat di hadapan orang ramai dengan yakin dan berketrampilan.
  • Menghasilkan pelajar yang dapat melahirkan idea dan pendapat yang bernas dalam bentuk lisan dan tulisan.  

AKTIVITI:

Bahasa Melayu : Eja Biar Betul, Penulisan Esei, Melukis Poster, Bercerita dan Super Spontan

Bahasa Inggeris:  Public Speaking, Spell It Right (SIR), Word Maze, Singing Contest dan
Treasure Hunt

Bahasa Arab:  Kalimatus Sobah, Khitobah, Sajak dan Syair Arab, Hiwar, Kuiz dan Nasyid


 





9 JULAI: SPELL IT RIGHT (SIR) & EJA BIAR BETUL 






Sunday, July 15, 2012

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN SPM 2012

TARIKH: 28 JUN 2012
MASA:     7.30 pagi
TEMPAT: Dewan Sivik Kijal
PERASMI: TN. HJ. ROSHALI BIN TAHA (Pengarah APMT) 











7.20 a.m Pelajar berkumpul di Dewan Sivik Kijal
7.30 a.m Bacaan doa
Ucapan Pengetua SMK Kijal

7.40 a.m Ucapan Perasmian (Tn. Hj. Roshali bin Taha)

8.00 a.m-
10.00 a.m Slot 1: Imbasan Nilai Sdn. Bhd. (Dr. Zulkifli bin Awang)

10.00 a.m Pendaftaran Ibu Bapa
11.00 a.m 

11.00 a.m Slot 2: KBM Smart Consultant (En. Mohd. Sufian bin Mohd. Ali)
2.00 p.m    (bersama ibu bapa dan pelajar)

2.00 p.m Majlis bersurai 
  
Klik link ini untuk muaturun gambar. Pastikan anda telah login akaun Facebook anda terlebih dahulu. 

Monday, July 9, 2012

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM: PRAKTIKAL IBADAH HAJI MANTAPKAN PEMAHAMAN PELAJAR

PROGRAM LAMBAIAN KAABAH 2012
14 JUN (KHAMIS)
8.30 PAGI-1.30 PETANG
ASRAMA KIJAL 




RASIONAL

Kurukulum Kebangsaan menggariskan pelajar mesti didedahkan dengan teori haji bermula dari tingkatan empat lagi. Namun pembelajaran teori tanpa disokong oleh praktikal menjadikannya kurang berkesan. Maka Panitia Pendidikan Islam SMK Kijal mengambil inisiatif merancang dan cuba melaksanakan praktikal haji ini agar pelajar memahami bukan sekadar teori, malah menjalani pengalaman separa sebenar tentang ibadat yang mulia ini.

OBJEKTIF

  • Mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap tajuk Pendidikan Islam Tingkatan 4 iaitu Haji dan Umrah.  
  • Pelajar dapat menjalani amali pemakaian pakaian ihram.
  • Pelajar dapat melakukan sendiri amalan tawaf, saie dan melontar di bawah bimbingan fasilitataor yang berpengalaman.
  • Pelajar dapat membuat gambaran mental suasana umat Islam mengerjakan ibadat haji di Mekah.
  • Pelajar dapat membaca dan menyebut lafaz-lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji.
  • Pelajar dapat menjalin kerjasama antara mereka dalam melaksanakan program ini. 

   Disediakan oleh: 
   Ustazah Nor Aini binti Mustafa & Ustazah Tuan Ariza binti Tuan Jusoh  

Sunday, July 8, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK KIJAL KE-18 ERATKAN PERMUAFAKATAN WARGA SMK KIJAL

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  KIJAL KE-18

TARIKH       : 27 JUN 2012 (Rabu)
TEMPAT      : Padang SMK Kijal

Pada jam 8.30 pagi telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga SMK. Kijal yang ke-18. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah En. Wan Ridhuan bin Muhammad dan dihadiri YDP PIBG Hj. Hassan bin Ali dan NYDP Hj. Abdul Wahab bin Abdullah. Acara yang terlibat di  dalam Kejohanan Olahraga adalah larian 100M, 4 x 100M dan Tarik Tali Akhir. Terdapat juga acara bagi pegawai (guru) iaitu larian 4 x 50M.

Bagi Sukantara iaitu latihan antara rumah sukan telah berjalan dengan baik pada 19 Jun dan 20 Jun yang bermula dari 2.30 sehingga 5.30 petang. Pada 19 Jun bagi Kumpulan A iaitu rumah sukan Putra dan Perdana. Manakala, 20 Jun bagi Kumpulan B iaitu rumah sukan Persona dan Satria.

Pada 24 Jun (Ahad) dan 25 Jun (Isnin) telah berlangsungnya Pra Kejohanan SMK. Kijal yang bermula dari 2.30 sehingga 5.30 petang. Pada 24 Jun, acara yang terlibat semasa Pra Kejohanan adalah lompat jauh, lontar peluru dan Tarik Tali Separuh Akhir 1 antara rumah sukan Persona(Hijau) dan Satria (Merah). Keputusan Tarik Tali dimenangi rumah sukan Persona.
  
Manakala, pada 25 Jun acara yang terlibat adalah larian 200M, 400M dan 800M serta Tarik Tali Separuh Akhir 2 antara rumah sukan Perdana (Kuning) dan Putra (Biru). Maka, keputusan Tarik Tali dimenangi oleh rumah sukan Perdana.

Pada akhir kejohanan, kejuaraan sukan kali ke-18 telah dimenangi oleh rumah sukan Persona dengan 83 mata mengatasi rumah sukan Putra yang mendapat tempat kedua dengan 74 mata. Secara keseluruhannya, perjalanan Kejohanan Olahraga Kali ke-18 telah berjalan dengan lancar dan meriah. Semua guru dan pelajar bergotong-royong menyiapkan rumah sukan masing-masing serta membantu guru dalam membuat persiapan perbarisan rumah sukan. Wujud sikap bekerjasama antara pelajar dan guru serta semangat kesukanan yang tinggi dalam diri pelajar untuk merebut kejuaraan dalam Kejohanan Olahraga Ke-18.

KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-18.

BIL
PASUKAN
EMAS
PERAK
GANGSA
KE-4
MATA
KEDUDUKAN
1
PUTRA (BIRU)
4
11
9
5
74
2
2
PERSONA (HIJAU)
9
6
10
9
83
1
3
SATRIA (MERAH)
9
6
6
7
73
3
4
PERDANA (KUNING)
6
5
3
5
50
4

Olahragawan 2012: Che Wan Zulhilmi bin Che Wan Yahya (Persona)
Olahragawati 2012: Noratika binti Ramli (Perdana)

Peserta terbaik mengikut kategori:
L18: Che Wan Zulhilmi bin Che Wan Yahya (Persona) – 12 mata
L15: Tuan Nor Iskandar bin Tuan Rashid (Putra) – 8 mata
P18: Noratika binti Ramli (Perdana) – 15 mata
P15: Fadzillah binti Pauzi (Persona) – 12 mata

Keputusan pertandingan:
Perbarisan rumah sukan:
 1. Putra 
 2. Perdana
 Perbarisan badan beruniform: 
1. Persatuan Silat Cekak Hanafi
2. Kadet Bomba Penyelamat Malaysia
Hiasan rumah sukan:
 1. Putra 
 2. Satria
Maskot kreatif: Satria
Pengurusan rumah sukan (Anugerah Khas Ko-kurikulum): Putra dan Satria
Pertandingan Tarik Tali: Persona



 

(Pastikan anda telah login akaun Facebook anda terlebih dahulu sebelum muaturun gambar.)